Thursday, June 17, 2010

Kreativiti & Inovatif



1)        Dapatkan 3 definisi kreativiti dari literatur.
a)        Kamus Dewan Edisi Empat - kemampuan (kebolehan) mencipta, daya kreatif, kekreatifan.
b)       Kreativiti berasal dari bahasa Latin “Creare” yang bermaksud membuat
c)        Maksudnya dalam bahasa Greek bermaksud memenuhi
d)       Samson dan Vernon, “Kreativiti adalah suatu misteri yang merupakan suatu fenomena  semulajadi.”
e)       Guilford, kreativiti sebagai satu komponen penting dalam semua kegiatan intelektual dan ia merupakan suatu kebolehan untuk melahirkan idea-idea atau kebolehan untuk melahirkan banyak idea berkaitan dengan penyelesaian atau penanganan sesuatu masalah.
f)      Gowen (1972), kreativiti merupakan teori-teori peribadi dan persekitaran yang relatif dengan amalan pengasuhan   anak.
g)     Ensiklopedia Malaysiana (1996), kreativiti adalah kemampuan mencipta atau menghasilkan sesuatu.
h)    McInerney & McInerney (1994) pula, terdapat definisi kreativiti yang menekankan sifat-sifat personaliti, ada yang memberi tumpuan kepada proses pemikiran dan ada juga yang menekankan hasil usaha sebagai kriteria kreativiti.


2)         Sintesis definisi berkenaan dan hasilkan definisi baru

Berdasarkan definisi-definisi di atas, individu yang kreatif adalah mereka yang mampu menjana pemikiran untuk mencipta barang atau perkhidmatan baru atau melaksanakan idea baru yang masih belum dicuba oleh orang lain. Kesimpulannya, kreatif bermaksud kebolehan atau kemampuan mencipta dan menyatukan idea secara unik atau membuat sesuatu yang baru.


3)         Dapatkan definisi inovatif dari literatur

a)     Muhammad Abdul Jawwad (2000), Inovatif dapat didefinisikan sebagai "proses tertentu yang di dalamnya seorang manusia berusaha dengan menggunakan pemikiran dan kemampuan akalnya serta pengaruh di sekelilingnya dan orang-orang berbeza untuk menghasilkan hal baru baginya atau bagi lingkungannya".
b)      Inovatif berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud ‘pembaharuan’.
c)     Inovatif adalah kesan daripada aplikasi keupayaan kreatif khususnya dalam industri yang memerlukan konsep-konsep, idea, kaedah, proses dan kegunaan yang baru.
d)     Satu cara memperkenalkan idea yang baru untuk membuat sesuatu atau mencipta sesuatu yang baru.


4)         Sintesis definisi berkenaan dan hasilkan definisi baru

Inovatif bermaksud kebolehan untuk membuat pembaharuan atau mengubahsuai sesuatu untuk menjadikannya lebih baik, elok, berkualiti dan sebagainya.

5)         Apakah berkaitan antara kreativiti dan inovasi dalam konteks pendidikan komputer.
  
Dalam pendidikan komputer, kreativiti dan inovasi merupakan aspek yang sangat penting. Kita sendiri melihat bagaimana banyak perisian pengajaran dan pembelajaran yang dihasilkan bagi menarik pelajar belajar. Perisian pembelajaran ini akan menggalakkan pembelajaran secara self-regulated. Justeru, pelajar bebas menggunakan perisian tersebut dengan pelbagai kaedah yang mereka suka. Secara tidak langsung ini akan mengembangkan kekreativitian pelajar dalam aspek pembelajaran mereka. Semakin hari, perisian yang dihasilkan semakin canggih dan penuh dengan elemen multimedia seperti animasi dan sebagainya. Semua perubahan ini adalah hasil inovasi daripada kaedah pengajaran & pembelajaran secara konvensional.

No comments:

Post a Comment