1) Apakah maksud pragmatik?
Para pakar pragmatik mendefinisikan istilah ini secara berbeza-beza. Yule (1996), misalnya, menyebutkan empat definisi pragmatik, yaitu:
▪ bidang yang mengkaji makna apa yang diucapkan oleh seseorang,
▪ bidang yang mengkaji makna menurut konteksnya,
▪ bidang yang melebihi kajian tentang makna yang diungkapkankan, mengkaji makna yang dikomunikasikan oleh pembicara,
▪ bidang yang mengkaji bentuk ekspresi menurut jarak sosial yang membatasi peserta yang terlibat dalam percakapan tertentu.
Thomas (1995) pula menyebut dua kecenderungan dalam pragmatik terbahagi kepada 2 bahagian iaitu, pertama, dengan menggunakan sudut pandang sosial, menghubungkan pragmatik dengan makna pembicara (speaker meaning); dan kedua, dengan menggunakan sudut pandang kognitif, menghubungkan pragmatik dengan interpretasi ujaran (utterance interpretation). Thomas juga mendefinisikan pragmatik sebagai bidang yang mengkaji makna dalam interaksi (meaning in interaction).
Rujukan: Makyun Subuki. 2006. Mengapa Pragmatik Perlu Dipelajari dalam Program Studi Linguistik?
2) Dapatkan tiga definisi pemikiran pragmatik dari literatur.
Josiah Royce mendefinisikan pemikiran pragmatik melalui 3 aspek iaitu:
Persepsi (Perception): Sesuatu yang kita ambil dan lihat daripada persekitaran kita.
Konsep (Conceptions): Idea, kepercayaan, andaian, dan pemahaman yang memandu perhatian kita.
Pentafsiran (Interpretations): Pemikiran dinamik yang menjadi pengantara antara persepsi dan konsep dan merupakan asas dalam logik pragmatik.
Rujukan: Samuel M. Natale. 1997. Business Education and Training: A Value-Laden Process. Boston: University Press of America.
Patrick Baert and Bryan Turner (2007) menjelaskan pemikiran pragmatik merupakan satu kaedah pemikiran yang mana merungkai spekulasi keseliratan metafizik. Pemikiran ini lebih cenderung kepada penilaian akibat daripada sesuatu tindakan yang membolehkan sesuatu spekulasi dikurangkan.
Rujukan: Jack Barbalet. 2007. Classical Pragmatism, Classical Sociology: William James, Religion and Emotion. Pragmatism and European Social Theory, disunting oleh Patrick Baert & Bryan Turner. Oxford: The Bardwell Press.
Heffernan (2005) menyatakan bahawa pemikiran pragmatik diperlukan oleh pemimpin dan guru-guru, di mana pemikiran tersebut membenarkan penyelesaian yang realistik kepada sesuatu masalah yang wujud.
Rujukan: Neil Heffernan. Leadership in EFL: Time for Change?. Asian EFL Journal. 2005.
3) Kemukakan sintesis dari definisi-definisi berkenaan.
a) Pemikiran pragmatik melihat sesuatu berdasarkan situasi semasa dan keadaan persekitarannya. Pemikiran pragmatik akan melihat sesuatu penyelesaian kepada sesuatu masalah sama ada sesuai atau tidak dengan realiti masa ketika itu. Pemikiran pragmatik akan mempertimbangkan adakah tindakan yang akan diambil sebagai penyelesaian kepada sesuatu masalah sesuai dengan keadaan semasa itu.
b) Pemikiran pragmatik akan memastikan segala tindakan yang diambil bagi menyelesaikan sesuatu masalah adalah praktikal dan sesuai untuk diaplikasikan ketika itu.
c) Apabila sesuatu tindakan diambil, individu yang berpemikiran pragmatik akan menilai kembali kesan hasil daripada tindakan sebelum ini.
4) Kemukakan contoh pemikiran pragmatik dalam pengajaran dan pembelajaran komputer.
Dalam konteks pembelajaran pengaturcaraan contohnya, sewaktu melarikan sesuatu program, seseorang pelajar mungkin menghadapi masalah kerana sistem yang dilarikan tidak dapat memberikan output yang dikehendaki tetapi terdapat beberapa ralat yang berlaku. Justeru, seseorang pelajar yang berfikiran pragmatik akan cuba untuk mencari punca ralat yang berlaku dan cuba untuk mencari beberapa penyelesaian yang mungkin kepada ralat tersebut. Setiap kali langkah penyelesaian diaplikasikan, mungkin masih berlaku ralat. Tetapi, bagi pelajar yang berfikiran pragmatik, beliau akan membuat refleksi hasil dari setiap langkah yang diambil. Daripada tindakan tersebut, pelajar tersebut dapat tahu penyelesaian manakah yang terbaik dan dapat memberikan hasil yang diingini.
5) Bentangkan dan laporkan dalam blog anda.
No comments:
Post a Comment