Saturday, June 19, 2010

Aktiviti 2: Gabung Jalin Secara Tersurat (Eksplisit)


1)                  Bincangkan kebaikan dan kelemahan teknik ini.

GABUNG JALIN SECARA TERSURAT (EKSPLISIT)

Konsep gabung jalin ialah tumpuan yang seimbang antara akademik, kesihatan, kemahiran fizikal dan kestabilan emosi. Penggabungjalinan juga merupakan proses menggabungkan pelbagai bidang kemahiran bagi mewujudkan satu pelajaran yang integratif dan menyeluruh. Antara kemahiran-kemahiran asas yang dimaksudkan adalah mendengar, melihat, bercakap, membaca mengira, menulis dan melukis.

Kebaikan
Keburukan
Pelajar atau peserta sedar proses yang berlaku dalam pemikiran mereka apabila mereka melakukan sesuatu aktiviti atau membuat tugasan.

Pelajar sedar proses yang berlaku tetapi tidak dapat mengaplikasikan semua kemahiran yang diperlukan kerana sesetengah pelajar mungkin baik dari segi pencapaian akademik tetapi pasif di dalam kelas. (pelajar tidak dapat menggabungkan aspek kemahiran fizikal sedangkan konsep gabung jalin ialah menggabungkan kesemua aspek tersebut).

Peserta dapat melihat aras pemikiran dan tahap pembelajaran mereka berada di peringkat mana. Cth: mengikut aras / hirarki Taksonomi Bloom untuk memberi gambaran tentang kualiti dan pencapaian seseorang dalam pembelajaran.

Pelajar yang mempunyai masalah atau kekurangan dari segi keupayaan fizikal mungkin tidak dapat turut serta dalam aktiviti kelas yang dijalankan kerana pergerakan dan tahap kesihatan  mereka yang mungkin agak terbatas.



Menggabungkan pelbagai aspek / elemen seperti akademik, kesihatan, kemahiran fizikal dan kestabilan emosi.



-


Pelajar dapat membuat refleksi dan penilaian kendiri terhadap pencapaiannya sama ada beliau dapat mencapai objektif pembelajaran seperti yang diharapkan atau tidak.



-
 

2)                  Berikan contoh bagaimana teknik ini boleh diintegrasikan dalam kursus komputer. 

a)  Pengabungjalinan kemahiran daripada matapelajaran lain iaitu dengan mewujudkan penggabugjalinan antara satu kursus dengan kursus lain bagi meningkatkan kemahiran pelajar. Sebagai contoh, kemahiran kursus Pengaturcaraan Komputer digabungjalinkan dengan kemahiran kursus Kejurulatihan Komputer.
b)     Penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum iaitu dengan cara melibatkan kemahiran–kemahiran seperti kemahiran belajar untuk belajar kemahiran berfikir secara kreatif & kritis, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran pelbagai kecerdasan, dan kemahiran generik.

No comments:

Post a Comment