Thursday, June 17, 2010

Aktiviti 4: Literasi Media

1) Dapatkan definisi literasi media dari literatur.

a) Ministry Of Education, Japan menyatakan bahawa literasi media ialah bekerja dengan melibatkan pelbagai media bagi menghubungkan idea-idea mereka, para pelajar akan membina kemahiran berfikir secara kritikal dan dapat memahami bagaimana bahan-bahan kerja media direkabentuk bagi mempengaruhi hadirin dan menggambarkan perspektif penciptanya. (MOE, 2000:8).

Rujukan: Kuniomi Shabata. Analysis Of Critical "Approach" in Media Literacy - Comparative Studies Between Japan and Canada. Keio Communication Review No. 24, 2002.

b) Literasi media juga didefinisikan sebagai pengetahuan dan kemahiran yang perlu untuk memahami kesemua medium dan format untuk mencipta, menyimpan, menghubungkan dan mempersembahkan data, maklumat dan pengetahuan iaitu akhbar dan jurnal bercetak, majalah, siaran radio, televisyen, kabel, CD-ROM, DVD, telefon bimbit, format teks PDF, dan format JPEG untuk foto dan grafik. (F. Horton, Jr., Disember, 2004).
Rujukan: Jesus Lau. 2006. Garis Panduan Mengenai Literasi Maklumat Untuk Pembelajaran Sepanjang Hayat. International Federation of Library Associations and Institutions (IFLA), Universidad Veracruzana.
c) Menurut Zaki, literasi boleh diertikan dengan pelbagai cara. Ramai yang mentakrifkannya sebagai keupayaan minda menterjemahkan simbol-simbol yang tertulis kepada perkataan-perkataan yang membawa makna dan literasi tidak terhad kepada proses terjemahan sahaja. Dalam mentakrifkan literasi media, Zaki memberi contoh bagaimana ramai kanak-kanak yang terpengaruh dengan iklan-iklan di televisyen sehingga mereka diyakinkan bahawa semua manusia harus ada barangan mewah seperti yang ditayangkan. Paparan kehidupan selesa dan bahagia yang dikaitkan dengan produk yang ingin dijual, seringkali mempengaruhi imaginasi kanak-kanak sehingga mereka terdidik untuk menjadi konsumer yang ideal sehingga dewasa. Ramai pula golongan remaja dan dewasa dipujuk agar membeli barang-barang berjenama, bukan atas keperluan tetapi kerana kemahuan yang tidak rasional yang telah dikondisikan melalui imej-imej konsumer bahagia di iklan-iklan tadi.
Rujukan: Zaki Jalil. Kurikulum Untuk Masyarakat. Disember 2006.


2) Huraikan dengan contoh dalam konteks pendidikan komputer.

Pengajaran yang disertakan dengan media dan alat bantu mengajar terkini akan dapat menambah minat pelajar mempelajari sesuatu bidang pelajaran. Di samping itu, jika media sama ada media dalam format bercetak atau elektronik dapat digunakan secara sistematik dan berkesan oleh guru, ia mampu menyelesaikan kebanyakan masalah pengajaran dan pembelajaran. Dalam literasi media, para pelajar akan memlalui proses pemahaman sesuatu bahan atau media yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu topik pembelajaran. Guru-guru akan bertindak sebagai fasilitator untuk membantu atau membimbing pelajar untuk mentafsir dan menterjemahkan mesej yang ingin disampaikan dalam media tersebut. Dalam literasi media, para pelajar juga berpeluang untuk mempelajari kemahiran dan teknologi dalam bidang perkomputeran seperti menghasilkan artikel, rumusan, grafik, fotografi, penulisan dan sebagainya. Pengetahuan, pengalaman dan kemahiran sedia ada pelajar juga dapat membantu mereka mengembangkan kemahiran literasi media dan kreativiti dalam menterjemahkan pelbagai bentuk media yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Pelajar juga dapat menghasilkan media pembelajaran mereka sendiri yang mudah difahami dan berkesan bukan sahaja kepada diri mereka malah, orang-orang di sekeliling yang terlibat sama dalam proses pembelajaran tersebut.


3) Bentang dan laporkan dalam blog.

No comments:

Post a Comment