Thursday, June 17, 2010

Aktiviti 7: Perbandingan dan Perkaitan

1) Apakah perbezaan antara literasi visual, media, multimedia dan maklumat?

JENIS LITERASI
PERBEZAAN
Literasi Visual
Literasi visual lebih kepada kemahiran untuk memahami mesej-mesej yang ingin disampaikan oleh sesuatu bahan visual serta kaedah untuk menghasilkan bahan visual tersebut agar lebih bermakna dan dapat menyampaikan meseh yang ingin disampaikan kepada audien dengan tepat.
Literasi Media
Literasi media pula melihat proses pembelajaran untuk memahami kesemua medium dan format untuk mencipta, menyimpan, menghubungkan dan mempersembahkan data, maklumat dan pengetahuan iaitu akhbar dan jurnal bercetak, majalah, siaran radio, televisyen, kabel, CD-ROM, DVD, telefon bimbit, format teks PDF, dan format JPEG untuk foto dan grafik.
Literasi Multimedia
Literasi multimedia pula proses pembelajaran untuk memahami dan menghasilkan semua bahan media yang bersifat lebih interaktif seperti grafik, animasi, video dengan menggunakan perisian multimedia khas agar mesej dapat disampaikan dengan lebih menarik dan mudah difahami.
Literasi Maklumat
Pembelajaran atau kemahiran yang digunakan untuk mengetahui bila maklumat diperlukan, mengenal pasti maklumat tertentu bagi mengenal pasti sesuatu masalah atau isu, mencari maklumat yang diperlukan, menilai maklumat yang diperlukan, mengorganisasikan maklumat yang diperlukan, serta  menggunakan maklumat secara efektif bagi mengenal pasti sesuatu masalah atau isu semasa.

 

2)         Apakah persamaan antara literasi visual, media, multimedia dan maklumat?
a)    Kesemua literasi visual, media, multimedia dan maklumat menggunakan   pemikiran visual untuk menjana kefahaman, menterjemah dan mentafsir maklumat atau bahan yang digunakan.
b)    Dapat memupuk dan mengembangkan daya kreativiti pelajar.
c)    Kesemuanya memerlukan seseorang individu atau pelajar mahir dalam penggunaan komputer dan teknologi berkaitan komputer.

3)        Apakah perkaitan pemikiran visual dengan literasi visual, media, multimedia dan maklumat?
a)      Dalam konteks literasi visual, media, multimedia dan maklumat, pemikiran visual membolehkan pelajar menterjemah dan mentafsirkan sesuatu bahan pembelajaran dengan mudah dan tepat kerana melalui pemikiran, para pelajar akan melihat, berfikir dan menilai bahan yang digunakan tersebut dan membuat tafsiran serta membentuk suatu pengetahuan mengikut kefahaman mereka sendiri terhadap mesej yang ingin disampaikan.
b)     Penglibatan pemikiran visual dalam literasi visual, media, multimedia dan maklumat dalam proses pembelajaran dan pehamanan sesuatu bahan dapat membantu pelajar menggalakkan aktiviti berfikir dan memupuk serta mengembangkan daya kreativiti mereka.

4)         Kemukakan contoh konteks pengajaran dan pembelajaran komputer.
Dalam konteks pembelajaran komputer, guru-guru boleh menggalakkan pembelajaran komputer berdasarkan situasi semasa seperti penghasilan bahan pembelajaran sempena sambutan hari kemerdekaan. Guru-guru mungkin boleh membawa para pelajar ke perpustakaan sekolah untuk mendapatkan bahan yang akan digunakan untuk menghasilkan bahan-bahan yang boleh digunakan untuk menunjukkan semangat patriotik sempena sambutan kemerdekaan seperti karya penulisan contohnya sajak, syair dan pantun, poster, video-video sambutan hari kemerdekaan pada tahun-tahun sebelumnya, penghasilan logo kemerdekaan dan sebagainya.
a)         Proses pencarian bahan
Keempat-empat literasi iaitu literasi visual, media, multimedia dan maklumat  menggunakan kaedah yang hampir sama dalam memperoleh bahan-bahan yang diperlukan. Para pelajar akan melalui proses pencarian bahan sama ada secara manual di rak-rak dalam perpustakaan ataupun mendapatkannya secara elektronik dengan cara mengakses internet di perpustakaan.
b)         Pemahaman mesej
Dalam proses mencari bahan itu juga, para pelajar akan membina kefahaman  mereka sendiri, apakah yang dimaksudan dengan kemerdekaan, bagaimana semangat patriotik itu dapat dipersembahkan melalui bahan yang akan mereka bina dan sebagainya.


c)   Penghasilan bahan                                                                    
JENIS LITERASI
PENGHASILAN BAHAN
Literasi Visual
Pelajar bebas menghasilkan bahan yang dapat menggambarkan semangat patriotik mereka sempena sambutan kemerdekaan. Cth: Menghasilkan poster atau mural di bangunan sekolah.
Literasi Media
Pelajar menghasilkan bahan dalam bentuk media sama ada media cetak mahupun elektronik seperti sajak, syair, pantun atau puisi yang boleh dimuatkan dalam majalah sekolah ataupun video pendek atau montaj yang memaparkan aktivit-aktiviti yang akan diadakan sepanjang bulan kemerdekaan dan turut memaparkan tema kemerdekaan pada tahun tersebut.
Literasi Multimedia
Pelajar boleh menunjukkan semangat patriotik mereka dengan cara  menyampaikan mesej kempen kemerdekaan dalam bentuk yang lebih menarik dan interaktif seperti video, grafik dana animasi video yang memasukkan elemen-elemen video, bunyi, grafik dan animasi agar dapat menarik warga sekolah yang lain untuk turut serta dalam kempen kemerdekaan pada tahun itu.
Literasi Maklumat
Para pelajar perlukan kemahiran literasi maklumat untuk menghasilkan bahan-bahan sempena bulan kemerdekaan. Sebelum menghasilkan bahan-bahan tersebut, mereka sendiri perlu tahu dan jelas apakah sebenarnya mesej di sebalik sambutan kemerdekaan agar mereka sendiri dapat menarik minat pelajar lain untuk turut serta dalam kempen tersebut dan seterusnya menghasilkan bahan yang dapat menyampaikan mesej dengan jelas dan berkesan.


5) Bentangkan dan laporkan dalam blog anda.

No comments:

Post a Comment