1) Dapatkan tiga definisi Penyelesaian Masalah dari literatur
a) Penyelesaian dapat didefinisikan sebagai perbuatan menyelesaikan. Ia merangkumi teknik ataupun strategi yang ditetapkan bagi menyelesaikan masalah individu. Penyelesaian masalah melibatkan segala benda yang perlu kita lakukan bagi bergerak daripada situasi yang wujud kepada mencapai matlamat. Ia melibatkan pelbagai proses termasuk memahami masalah, mengenal pasti ataupun membina penyelesaian sebaik mungkin dan memilih antara penyelesaian masalah yang sesuai.
Rujukan: Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip & Nazariah Abdul Samad (2008). Fasilitator Efektif & Dinamik. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
b) Penyelesaian masalah merupakan proses mental yang memerlukan seseorang itu berfikir secara kreatif dan kritis dalam mencari idea-idea alternatif and langkah-langkah tertentu untuk mengatasi kekurangan dan seterusnya menyelesaikan masalah yang dihadapiPenyelesaian masalah adalah satu cara menggunakan daya pemikiran bagi mengendalikan satu-satu situasi yang sukar, mengatasi halangan, menghasilkan sesuatu yang diingini, dan menyelesaikan sesuatu yang rumit.
Rujukan: http://members.tripod.com/jpn_sem3/publish/Kae_tek.htm [10 Julai 2010].
c) Dalam penyelesaian masalah, Dewey telah mengemukakan satu model yang dinamakan Penyelesaian Masalah, Enam Langkah Dewey iaitu seperti berikut:
Langkah Pertama :Mengenalpasti masalah
Pendapat individu dikemukan kepada ahli kumpulan secara jujur dan asertif. Walaupun pendapat individu berbeza dengan anda, pendapat ahli-ahli kumpulan diterima.
Langkah Kedua: Penyelesaian Masalah
Apabila dikemukaan penyelesaian am tidak boleh bimbang untuk mengambil risiko dan hendaklah menggunakan kreativiti masing-masing.
Langkah Ketiga: Satu penyelesaian diterima sebulat suara
Penyelesaian itu dibawa ke hadapan murid-murid.
Langkah Keempat:Perkara-perkara yang hendak diingat.
Untuk mendapat persetujuan mengambil masa yang lama. Jika tiada persetujuan ia bukan bermakna kegagalan. Jika sebahagian penyelesaian diterima, fokus kepada bahagian itu. Pastikan tiada agenda tersembunyi yang menghalang persetujuan.
Langkah kelima: Melaksanakan penyelesaian.
Pastikan pelaksanaan dipersetujui.
Langkah keenam:Penilaian.
Semua ahli kumpulan hendaklah menerima cara penilaian dibuat. Tarikh harus ditetapkan untuk menilai kejayaan atau kegagalan penyelesaian.
Rujukan: Robert B. Westbrook. (1999). John Dewey (1859-1952). (Paris, UNESCO: International Bureau of Education), vol. XXIII, no. 1\2, 1993,p. 277-91.
2) Kemukakan sintesis dari definisi-definisi berkenaan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran komputer.
Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran komputer, penyelesaian boleh disintesiskan sebagai:
a) Penyelesaian masalah merupakan usaha individu untuk menyelesaikan atau menamatkan masalah yang sedang dihadapi. Masalah tersebut boleh menolak atau memotivasikan individu untuk bergerak ke hadapan ( dari aspek pemikiran & tindakan) yang boleh memberi jalan penyelesaian. Cth: Pelajar berusaha mencari penyelesaian kepada masalah pengaturcaraan yang sukar dengan mencuba pelbagai kaedah seperti try and error dan sebagainya sehingga mereka mendapat hasil yang dikehendaki.
b) Pembahagian penyelesaian masalah kepada beberapa tahap dapat membantu pelajar menyelesaikan masalah pembelajaran dengan lebih tersusun, cekap dan berkesan. Cth: Dalam pengaturcaraan, seseorang yang membangunkan program biasanya tidak terus membangunkan sistem yang lengkap, tetapi mereka memecahkannya kepada beberapa program yang kecil bagi memudahkan mereka mengesan ralat yang berlaku jika masalah timbul apabila sistem tersebut siap dibangunkan.
c) Penting dalam proses menyelesaikan masalah, para pelajar menilai semula adakah penyelesaian yang diambil itu tepat dan berkesan agar hasil yang dikehendaki dapat dicapai serta pelajar dapat belajar dari pengalaman mereka. Jika masalah yang sama berulang, mereka akan lebih yakin dengan tindakan yang sepatutnya mereka ambil.
3) Kemukakan contoh
Dalam proses pembelajaran pengaturcaraan contohnya, para pelajar akan diberi pelbagai tugasan berberntuk masalah pengaturcaraan yang memerlukan pelajar untuk menyelesaikannya. Dalam hal ini, pelajar bukan sahaja perlu memikirkan apakah penyelesaian yang terbaik bagi menyelesaikan masalah tersebut, tetapi mereka juga perlu membangunkan program dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan yang tertentu. Jika mereka tahu jalan penyelesaiannya tetapi tidak dapat melaksanakan aturcara program, ia adalah suatu masalah kepada pelajar. Jadi di sini, para pelajar akan menjadikan tenaga pengajar mereka sebagai tempat rujukan mereka untuk bertanyakan masalah yang mereka hadapi. Secara tidak langsung, kemahiran penyelesaian masalah mereka dapat dikembangkan.
4) Bentangkan dan laporkan dalam blog anda.
No comments:
Post a Comment