Friday, June 18, 2010

Aktiviti 3: Pemikiran Strategik

1) Dapatkan tiga definisi pemikiran strategik dari literatur.

a) Vincent Amanor-Boadu (2004) menjelaskan bahawa pemikiran strategik ialah suatu proses untuk mengformulakan, berkomunikasi dan menerangkan idea dengan jelas, strategi-strategi yang padat dan jelas yang disasarkan untuk mencapai sesuatu hasil yang diinginkan.

Rujukan: Erich Zahn. Strategizing needs Systems Thinking. Universität Stuttgart.

b) Erich Zahn (1999) pula membuat perbandingan antara pemikiran strategik dengan perancangan strategik. Menurut Zahn, pemikiran strategik ialah suatu proses penerokaan minda tentang sesuatu perkara manakala perancangan strategik pula ialah suatu proses yang menukarkan hasil penerokaan tersebut kepada tindakan-tindakan. Pemikiran strategik adalah mengenai sintesis manakala perancangan strategik adalah mengenai analisis dan perjalanan tindakan tersebut.

Rujukan: Erich Zahn. Strategizing needs Systems Thinking. Universität Stuttgart.

c) Menurut penyelidik dari Center for Applied Research (2010), pemikiran strategik memberikan fokus kepada mencari dan membina peluang-peluang yang unik untuk mencipta sesuatu nilai dengan membolehkan suatu provokatif dan dialog kreatif yang melibatkan individu-individu yang berperanan dalam hala tuju organisasi.

Rujukan: What Is Strategic Thinking. Center for Applied Research (2010).


2) Kemukakan sintesis dari definisi-definisi berkenaan.

a) Pemikiran strategik dianggap sebagai suatu proses bagi mendapatkan strategi yang terbaik dalam sesutu perkara. Seseorang perlu menilai pelbagai aspek dan melihat faktor dari segenap sudut sebelum membuat sesuatu keputusan.

b) Pemikiran strategik penting dalam menentukan hala tuju sesebuah organisasi dan individu-individu yang terbabit memainkan peranan yang sangat penting dalam membuat keputusan serta merangka strategi bagi memacu perjalanan sesebuah organisasi.

c) Pemikiran strategik amat penting bagi memastikan kita mencapai atau mendapat hasil seperti yang kita inginkan. Justeru, bagi mendapatkan hasil tersebut, kita perlu menjana idea-idea kreatif yang boleh membawa kepada perubahan dan anjakan yang lebih baik.


3) Kemukakan contoh pemikiran strategik dalam pengajaran dan pembelajaran komputer.

Dalam menyiapkan projek pembangunan sistem perisian contohnya, seseorang pelajar perlu merangka strategi atau langkah-langkah yang perlu diambil dalam proses membangunkan sistem. Dalam kejuruteraan perisian contohnya, para pelajar boleh mengaplikasikan kaedah pembangunan perisian yang dianjurkan seperti mengamalkan langkah-langkah dalam kitar hayat pembangunan perisian (Software Development Life Cycle) agar projek yang dibangunkan dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan dan hasil yang diperoleh juga memenuhi keperluan pengguna sasaran atau target asal pembangun. Penggunaan strategi dan langkah-langkah yang betul ini secara tidak langsung sebenarnya menggambarkan pemikiran strategik yang diamalkan oleh pelajar tersebut.

4) Bentangkan dan laporkan dalam blog anda.

No comments:

Post a Comment