Wednesday, May 5, 2010

5 Minda Masa Depan (Five Minds For The Future) - Howard Gardner


Howard Gardner telah mengemukakan 5 jenis pemikiran / kemampuan minda yang harus dikuasai & dikembangkan oleh seseorang individu. Berikut adalah 5 jenis pemikiran tersebut:








Aktiviti 1: Pemikiran Disiplin (Disciplined  Mind) 
    • Dapatkan intisari Pemikiran Disiplin oleh Howard Gardner
      • PEMIKIRAN DISIPLIN – Kerangka Dasar atau Kerangka Utama Kecerdasan/Pemikiran 
      • Seseorang harus menguasai sekurang-kurangnya satu disiplin ilmu atau kerangka berfikir bagi menyelesaikan masalah dalam segala hal. Minda Disiplin  juga bererti seseorang harus selalu melatih cara berfikir tersebut untuk meningkatkan prestasinya. Cara berfikir itu sendiri tidak dapat diiperoleh dalam waktu singkat. Namun seiring dengan peningkatan dan penambahan bidang kepakaran seseorang maka penyelesaian masalah pun dapat lebih terarah dan lebih mudah jika menerapkan Minda Disiplin tersebut kerana dilandasi oleh kerangka berfikir yang tepat dan kepakaran yang mampan.




    • Beri contoh bagaimana minda disiplin  ini boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran komputer 
      • Kenalpasti topik-topik/konsep yang penting dalam sesuatu subjek iaitu kandungan atau kemahiran yang penting dalam pembelajaran komputer (cth: kemahiran asas pengaturcaraan)
      • Peruntukkan sejumlah masa untuk belajar topik berkenaan & belajarnya secara mendalam.
      • Guru menggunakan pendekatan yang berbeza untuk mengajar subjek pengaturcaraan supaya pelajar boleh belajar dengan pelbagai kaedah yang dirasakan lebih mudah untuk difahami.
      • Membentuk satu kaedah penilaian. Ini akan memberi bukti & kefahaman yang mendalam & beri peluang untuk penilaian formatif. Ia juga memberi pelajar peluang untuk mengaplikasikan kemahiran & pengetahuan dalam konteks yang lain.
    Aktiviti 2: Pemikiran Sintesis (Synthesizing Mind) 
      • Dapatkan intisari Pemikiran Sintesis oleh Howard Gardner
        • PEMIKIRAN SISTESIS Menggabungkan Idea dan Pemikiran dari Disiplin Ilmu Yang Berbeza 
        • Seseorang harus mampu menggabungkan pelbagai pola pemikiran dan disiplin ilmu agar dapat mengumpulkan maklumat dan pengetahuan seluasnya dari pelbagai sumber serta melahirkan pelbagai idea dan ilmu pengetahuan baru yang bermanfaat. Justeru, seseorang dituntut untuk dapat menguasai pelbagai disiplin ilmu, pengetahuan, serta kerangka berfikir. Kemampuan untuk menguasai tersebut sangat penting untuk masa sekarang dan masa depan kerana merupakan kepakaran asas yang harus dimiliki oleh seorang pemimpin yang inovatif. 
      • Beri contoh bagaimana minda pensintesisan  ini boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran komputer 
        • Gardner menyarankan penggunaan projek & kurikulum berasaskan tema di sekolah & mencadangkan kaedah terbaik untuk menggunakan cara ini dalam membentuk minda pensintesisan ialah dengan cara memberi arahan yang jelas. Sebagai contoh, pensyarah boleh memberikan tugasan @ projek kepada pelajar yang boleh dilakukan sebagai projek berkumpulan yang signifikan @ projek individu yang menyediakan ruang untuk pelajar menggabungkan pelbagai konsep & kemahiran yang telah dipelajari dalam suatu projek yang signifikan. Melalui projek ini pelajar dapat mengintegrasikan kesemua ilmu & kemahiran yang diperoleh sepanjang semester pengajiannya bagi menyelesaikan tugas tersebut.
    Aktiviti 3: Pemikiran Mencipta (Creating  Mind) 
      • Dapatkan intisari Pemikiran Mencipta oleh Howard Gardner
        • PEMIKIRAN MENCIPTAMenyelesaikan Masalah Melalui Kreativiti dan Idea Inovatif  
        • Seseorang dituntut harus memiliki kreativiti berfikir. Kreativiti tersebut digunakan untuk membantu menyelesaikan masalah diluar daripada cara yang sudah ditentukan. Selain itu, seseorang yang berfikiran kreatif juga mampu memikirkan penyelesaian masalah dengan cara mencipta kaedah/cara baru. Seseorang pemimpin masa depan seharusnya menghargai idea-idea kreatif, membuka ruang & kesempatan serta mencipta ruang untuk membentuk & memupuk ke arah pemikiran yang lebih kreatif. 
        • Menurut Prof. Gardner, seseorang yang kreatif adalah seseorang yang mencipta perkara baru yang mana agak sukar pada mulanya untuk diterima, kemudian baru dapat diterima secara berperingkat-peringkat. Jika sesuatu idea/produk sangat mudah untuk diterima, ia bukanlah kreatif; jika ia tidak pernah diterima, ia hanyalah satu contoh yang salah & penerimaan boleh berlaku secara cepat @ mengambil masa yang lama.
        • Beri contoh bagaimana minda penciptaan ini boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran komputer 
          • Dalam P&P komputer, guru-guru/pensyarah boleh mengaplikasikan mod pembelajaran yang berbeza dalam pembelajaran. Antara mod tersebut ialah mod tutorial, mod penerokaan, mod aplikasi dan mod komunikasi tetapi sebelum meggunakan mod-mod tersebut, guru/pensyarah harus membuat perancangan yang teliti supaya pengajaran mencapai objektif dan memberi kesan  yang mendalam kepada pelajar-pelajar.
          • Sebagai contoh,  mod penerokaan digunakan sebagai medium atau perantara untuk mencari dan mengakses maklumat secara penerokaan daripada bahan sumber seperti CD-ROM, portal maklumat dan internet. Mod penerokaan juga digunakan untuk mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena atau keadaan secara tunjuk cara di bawah kawalan pelajar sendiri dan dapat mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi di bawah kawalan sistem. 
          • Mod penerokaan memfokuskan penglibatan pelajar dalam membentuk konsep dan kefahaman mengenai sesuatu perkara. Mod penerokaan sesuai digunakan dalam pembelajaran yang melibatkan inkuiri penemuan, pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah, simulasi dan kaedah pembelajaran kajian masa depan. 
          • Mod penerokaan mempunyai kebaikan tersendiri dan dapat memberi kebaikan kepada pelajar dan guru. Kebaikannya kepada pelajar ialah ia dapat memupuk pemikiran kreatif pelajar dan penyelesaian masalah sebenar. Ia juga dapat memberi peluang kepada pelajar  melibatkan diri secara mendalam terhadap kandungan pelajaran disamping memberi peluang kepada pelajar menentukan hala tuju dan kemajuan pelajaran mereka. Mod penerokaan juga memberi kebaikan kepada guru di mana ia memberi peluang kepada guru untuk menerapkan strategi-strategi pembelajaran berasaskan teori pembelajaran konstruktivisme.
      Aktiviti 4: Pemikiran Hormat (Respectful Mind) 
        • Dapatkan intisari Pemikiran Hormat oleh Howard Gardner
          •  PEMIKIRAN HORMAT – Penghargaan Perbezaan Dengan Orang Lain   
          • Seseorang yang harus memiliki Respectful Mind agar dapat menerima dan menghargai pendapat dan perbezaan dengan orang lain, agar dapat bekerja sama, dan mampu menciptakan suasana keterbukaan dan hubungan timbal-balik serta timbang rasa dan toleransi. 
          • Sangat penting untuk ditanamkan pemikiran bahwa hak dan kewajiban serta kemahuan seseorang itu terbatas oleh hak, kewajipan, dan kemahuan orang lain. Sehingga apabila pemikiran itu boleh diterapkan maka setiap orang sudah memiliki respectful mind yang diharapkan. 
          • Pekerjaan yang dilakukan secara berpasukan pun dapat secara langsung atau tidak langsung membangun respectful mind orang-orang yang terlibat di dalamnya. Dan tidak mustahil kekuatan kerja dari kumpulan itu boleh berkurang atau hilang sehingga gagal jika tidak memiliki respectful mind yang tinggi.
          •  
        • Beri contoh bagaimana minda penghormatan  ini boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran komputer
          • Di dalam kelas P&P Komputer, minda ini boleh dibangunkan melalui guru yang menunjukkan contoh/modelling tingkahlaku yang penuh hormat, juga dengan cara mendedahkan pelajar kepada bahan-bahan daripada budaya-budaya yang lain termasuk sejarah, seni & kemanusiaan.
          • Guru juga boleh meminta pelajar membentuk kumpulan dalam setiap aktiviti kumpulan yang dijalankan & setiap ahli dalam setiap kumpulan perlu ambil bahagian dengan mengutarakan pendapat masing-masing & saling bertukar-tukar pendapat serta berkongsi fikiran.
      Aktiviti 5: Pemikiran Etika / Tatasusila (Ethical Mind) 
        • Dapatkan intisari Pemikiran Etika / Tatasusila oleh Howard Gardner
          • PEMIKIRAN ETIKA / TATASUSILA – Berfikir untuk orang lain demi kepentingan bersama
             
          • Adalah kemampuan/kecerdasan seseorang untuk berfikir di luar keinginan peribadi dan di luar kemampuan diri yang telah dimiliki. Ethical mind  mempunyai hubungan yang erat dengan respectful mind dan synthesizing mind, serta creativity mind. 
          • Asas pemikiran respectful mind bahawa hak, kewajipan, serta kemahuan seseorang terbatas oleh hal yang sama dari orang lain, sama seperti ethical mind di mana seseorang tahu bagaimana menempatkan diri dan mempamerkan sikap serta apa yang boleh dan dapat diperbuatnya. Seseorang yang memiliki ethical mind itu tentunya sangat cerdas kerana dia perlu mendapat pengaruh daripada orang sekitarnya. Dengan kemampuan yang dimiliki, seseorang itu dapat bekerjasama dan menggabungkan pelbagai pengetahuan dipadu dengan creativity mind yang dimiliki. Dia juga tahu bagaimana caranya menerapkan segala pemikirannya kepada orang-orang di sekitarnya.



          • Minda etika menggambarkan tugas/tanggungjawab yang kita perlu lakukan & membincangkan tentang apakah cara yang terbaik dalam memenuhi tuntutan tugas tersebut serta berani mencuba, walaupun kadangkala tidak semuanya membuahkan hasil/kejayaan tetapi sekurang-kurangnya kita telah berusaha untuk memenuhi tanggungjawab tersebut.
             
        • Beri contoh bagaimana pemikiran etika ini boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran komputer 
          • Pemikiran bererti cara atau hal memikirkan sesuatu (Kamus Pelajar Edisi Kedua).
          • Etika pula bererti prinsip moral (atau akhlak) atau nilai-nilai akhlak yg menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan (persatuan, pekerjaan, dll) (Kamus Dewan Edisi Empat).
          • Berdasarkan pengertian kedua-dua kata pemikiran & etika, saya dapat merumuskan bahawa pemikiran etika bermaksud bagaimana cara seseorang berfikir @ menjalankan tanggungjawabnya berlandaskan prinsip-prinsip yang dipegang tanpa mengabaikan kemaslahatan dirinya, masyarakat serta orang di sekelilingnya.
          • Dalam p&p komputer, guru-guru boleh menerapkan nilai-nilai murni yang terdapat dalam mata pelajaran Pendidikan Komputer. Penerapan nilai-nilai tersebut melalui motif pengajaran, menggunakan teknik-teknik pengajaran dan seterusnya mengimplementasikan prosedur penilaian mengarah kepada hasil penting yang berkaitan dengan nilai-nilai murni.

      3 comments: