Thursday, June 17, 2010

Aktiviti 5: Perbandingan PM & PMK

1) Berdasarkan aktiviti 1 dan 3; buat perbandingan (persamaan dan perbezaan) PM dan PMK.


Perbandingan PM & PMK
Persamaan
Perbezaan
Kedua-dua PM & PBM mencari penyelesaian kepada masalah yang timbul.
PMK menggalakkan seseorang itu menghasilkan idea-idea atau mencari inisiatif baru dalam menyelesaikan masalah manakala dalam PM, seseorang boleh memilih penyelesaian sedia ada untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Kedua-dua PM & PMK akan menjadi penggalak ataupun fokus kepada penggunaan kemahiran-kemahiran penyelesaian masalah dan pentaakulan serta mendorong mencari maklumat baru dan menyusun pengetahuan yang sedia ada supaya masalah itu akhirnya dapat diselesaikan.

Dalam PM, sesuatu masalah dianggap sebagai sesuatu yang bebanan atau perkara yang merisaukan seseorang, manakala dalam PMK, masalah boleh mendorong seseorang untuk menghasilkan lebih banyak idea-idea baru yang lebih inovatif dan relevan.
Proses yang dilalui dalam menyelesaikan masalah akan memberikan sesorang itu pengalaman & pengetahuan dalam mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi.

PMK menekankan kepuasan semua pihak, di mana idea-idea baru dihasilkan bagi memastikan semua pihak berpuas hati dengan langkah penyelesaian yang diambil manakala dalam PM, penyelesaian yang diambil mungkin hanya menguntungkan sesetengah pihak dan merugikan pihak yang lain.

 
2)         Huraikan dengan contoh dalam konteks pendidikan komputer.

Sebagai contoh, para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan diberi tugasan untuk menghasilkan laman web yang menjual buku, pakaian atau aksesori komputer secara atas talian. Setiap kumpulan pula ditetapkan beberapa spesifikasi atau keperluan yang perlu mereka penuhi bagi menyiapkan tugasan tersebut. Jika menurut konsep PM, mana-mana kumpulan yang berjaya menyiapkan tugasan mengikut keperluan yang telah diberikan bererti berjaya menyiapkan tugasan tersebut dengan baik. Walaubagaimanapun, jika dalam konteks PMK, setiap kumpulan bukan sahaja perlu memenuhi keperluan yang ditetapkan, tetapi mereka perlu memikirkan dan menghasilkan laman web yang interaktif, dinamik dan menarik agar dapat menarik pengguna untuk melayari laman web mereka dan membeli barang-barang yang dijual.

3)         Bentang dan laporkan dalam blog.

No comments:

Post a Comment