1) Dapatkan tiga definisi literasi visual dari literatur.
a) Heinich dan rakan-rakannya mendefinisikan literasi visual sebagai keupayaan belajar utnuk mentafsir mesej bagi sesebuah visual dengan tepat dan menjelaskan mesej tersebut (Heinich, Molenda & Russell, 1994).
Rujukan: Noor Azean Atan & Zaidatun Tasir. Visualization Application Through Computer Network Learning System (V-Conels) In Authentic Learning Environments For Teachers Programme. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
b) Laconte pula mendefinisikan kemahiran literasi visual sebagai satu kemahiran memahami dan menterjemah mesej visual kepada maklumat yang tepat (Laconte, 1984).
c) Hobbs menganggap literasi sebagai "Kebolehan untuk mencapai, menganalisis, menilai dan menyampaikan mesej dalam pelbagai bentuk". Hobbs cuba mendefinisikan literasi visual dengan cara memasukkan beberapa perkara ke dalamnya bagi menunjukkan betapa luasnya pengertian literasi visual, (Hobbs, 1997):
▪ Isyarat badan, pergerakan dan tarian
▪ Hasil seni dua dan tiga dimensi
▪ Fotograf dan clip art
▪ Filem dan video, termasuk video muzik
▪ Bahan pameran di muzium
▪ Pengiklanan
▪ Penulisan berilustrasi dan wacana verbal
▪ Seni bina
▪ Hipermedia dan pengalaman virtual realiti
Rujukan: Siew Heng Loke et.al. (2005). Pedagogi Merentas Kurikulum.Bentong: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
2) Kemukakan sintesis dari definisi-definisi berkenaan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran komputer.
Dalam bilik darjah, pelajar-pelajar mempunyai stail pembelajaran yang berbeza. Guru harus mengetahui bahawa setiap pelajar mempunyai stail pembelajaran yang berbeza. Guru boleh menggunakan pelbagai kaedah dan aktiviti pengajaran & pembelajaran supaya para pelajarnya dapat belajar dengan berkesan. Dalam konteks pembelajaran visual, pelajar biasanya suka belajar dengan melihat huruf atau perkataan, benda, gambar atau gambar rajah. Mereka lebih cenderung kepada aktiviti pengajaran & pembelajaran yang menggunakan demonstrasi, tindakan dan lakonan. Justeru dalam membina pengetahuan, guru-guru boleh menggunakan skema mental dengan pendekatan dan teknik yang pelbagai. Antaranya, membina gambaran dan imej (imaginasi) untuk mewakili sesuatu yang sedang dipelajari.Penghasilan visual yang bersesuaian akan memudahkan pelajar untuk memahami isi pengajaran yang disampaikan. Para pendidik perlu mengambil langkah-langkah tertentu untuk memastikan visual yang digunakan mempunyai nilai pendidikan yang maksimum. Visual menjadi bahan bantu pembelajaran yang baik bahkah dapat menarik minat pelajar. Dengan itu, pendidik perlu memilih format dan jenis visual yang bersesuaian dengan sesuatu aktiviti pembelajaran. Ini kerana objektif sesuatu pelajaran akan mempengaruhi jenis dan tahap visual yang digunakan. Guru hendaklah memahami keadaan diri pelajar dan juga membenarkan persepsi yang berbeza-beza dalarn menginterpretasi visual di kalangan mereka. Sudah pasti, teknik dan strategi pembelajaran dan juga stail pembelajaran pelajar yang sepadu akan membuahkan proses P&P yang lebih mantap dan efektif.
3) Kemukakan contoh
Dalam literasi visual, penilaian pelajar ditentukan berdasarkan grafik yang menarik, mesej yang jelas, kreativiti dan mempunyai daya tarikan yang kuat serta mempunyai impak kepada pembaca atau sesiapa yang melihatnya. Dalam proses pembangunan perisian pembelajaran contohnya, para pelajar yang diberi tugasan untuk membangunkan perisian pengajaran dan pembelajaran tersebut perlu mengambilkira aspek visual yang ingin digunakan. Mereka perlu memastikan grafik yang digunakan tersebut dapat menarik pengguna atau pelajar yang akan menggunakan perisian pembelajaran tersebut. Selain itu, perlu dipastikan juga segala mesej yang digunakan jelas dan tepat.
Bagi kursus berkaitan teknologi maklumat contohnya, guru-guru boleh memulakan sesi pengajaran mereka dengan cara menggunakan slaid yang mengandungi video atau gambar-gambar berkaitan kemajuan dan evolusi teknologi maklumat untuk menarik minat pelajar. Guru kemudiannya meminta pelajar-pelajar menerangkan kembali apa yang ditunjukkan oleh gambar ataupun video tersebut mengikut kefahaman mereka sendiri. Guru mungkin boleh memilih beberapa orang pelajar secara rawak untuk memberikan pandangan mereka. Secara tidak langsung guru-guru mendidik para pelajar untuk berfikir dan berani dalam menyuarakan idea serta pendapat mereka sendiri.
4) Bentangkan dan laporkan dalam blog anda.
No comments:
Post a Comment