Friday, June 18, 2010

Aktiviti 4: Perbandingan dan Perkaitan


1)                  Apakah perbezaan antara pemikiran reflektif dengan metakognitif?

PERBEZAAN ANTARA PEMIKIRAN REFLEKTIF DENGAN METAKOGNITIF
Pemikiran Reflektif
Metakognitif
Merupakan satu bentuk pemikiran yang menyediakan beberapa penyelesaian bagi sesuatu permasalahan yang timbul.

Metakognitif berperanan dalam mengawal semua proses kognitif bagi mendapatkan sesuatu penyelesaian apabila sesuatu masalah timbul.
Pemikiran reflektif bergantung kepada pengetahuan dan pengalaman seseorang individu.
Cth: seseorang membuat sesuatu keputusan yang penting berdasarkan pengetahuan dan pengalamannya yang sedia ada.

Metakognitif tidak melibatkan pengetahuan dan pengalaman sahaja tetapi turut mengambilkira emosi dan perasaan seseorang individu tersebut.

Pemikiran refletif k fokus kepada bagaimana untuk menyelesaikan masalah.
Metakognitif fokus kepada keberkesanan sesuatu penyelesaian masalah.



2)         Apakah persamaan antara pemikiran reflektif dengan metakognitif?

PERSAMAAN ANTARA PEMIKIRAN REFLEKTIF DENGAN METAKOGNITIF
Pemikiran Reflektif
Metakognitif
Pemikiran reflektif mahupun metakognitif fokus kepada penyelesaian masalah yang melibatkan proses berfikir.

Hasil pemikiran daripada proses reflektif dan metakognitif akan menghasilkan suatu tindakan yang dilakukan bagi menyelesaikan sesuatu masalah.

Kedua-dua proses akan dapat membantu seseorang memperbaiki mutu pengajaran dan pembelajaran jika ia diaplikasikan dalam bilik darjah.


3)         Apakah perkaitan pemikiran reflektif dengan metakognitif serta kemukakan contoh konteks pengajaran dan pembelajaran komputer?

Metakognitif membantu seseorang pelajar memahami kaedah pembelajarannya sendiri. Dengan memahami proses yang dilalui dalam proses pembelajaran, seseorang dapat mengawal bagaimana cara beliau berfikir dan dapat memastikan proses pembelajaran sentiasa berlaku dalam diri mereka. Pemikiran reflektif pula dapat membantu seseorang pelajar melihat dan menilai tahap pencapaiannya. Misalnya dapat menguji pemahaman atau pengetahuan yang diperoleh selepas sesuatu sesi pembelajaran. Para pelajar dapat menilai adakah dirinya mencapai tahap seperti yang dikehendaki dalam objektif pembelajaran ataupun sebaliknya. Jika masih belum mencapai tahap yang dingini, mereka boleh memperbaiki kaedah pembelajaran yang diamalkan selama ini dan beralih kepada kaedah pembelajaran yang lebih baik.


4)         Bentangkan  dan laporkan dalam blog anda.
 
 

No comments:

Post a Comment