Friday, June 18, 2010

Aktiviti 3: Metakognisi

1) Dapatkan tiga definisi metakognisi (metacognition, metacogitive) dari literatur.

Brown (1980) menakrifkan metakognitif sebagai kesedaran atau pengetahuan seseorang untuk mengawal proses berfikir dan aktiviti pembelajaran yang dilakukannya.

Rujukan: Dr. Tajulripin Sulaiman. Nota Kemahiran Berfikir. Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.


Gardner (1992) berpendapat kebolehan mengawal proses berfikir dipengaruhi oleh faktor umur dan pengalaman seseorang.

Rujukan: Dr. Tajulripin Sulaiman. Nota Kemahiran Berfikir. Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.


Beyer (1992) menjelaskan metakognitif merangkumi kebolehan seseorang untuk merancang, membuat pemantauan dan menilai sesuatu keputusan atau kenyataan yang ingin diutarakan. Ia terletak di lingkaran luar kemahiran kognitif.

Rujukan: Dr. Tajulripin Sulaiman. Nota Kemahiran Berfikir. Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.


2) Kemukakan sintesis dari definisi-definisi berkenaan.


a) Metakognitif adalah kebolehan seseorang dalam mengaplikasi strategi yang betul dalam proses melahirkan idea tetapi ianya bukan buah fikiran yang dihasilkan.

b) Metakognitif merupakan satu proses mengawal semua kognitif yang berada di dalam minda.

c) Metakognitif ditakrifkan sebagai elemen yang mempunyai kaitan rapat dengan kesedaran seseorang tentang proses yang dilakukan semasa berfikir. Seseorang akan menilai, menganalisis dan membuat perancangan.


3) Kemukakan contoh soalan metakognisi dalam pengajaran dan pembelajaran komputer.

Metakognisi bermakna pemikiran tentang pemikiran (Flavel, 1979). Metakognitif merujuk kepada pengetahuan seseorang tentang proses pembelajarannya sendiri. Justeru dalam pengajaran dan pembelajaran, guru-guru perlu sentiasa melatih para pelajar untuk berfikir. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan atau projek pembangunan perisian contohnya, guru boleh memupuk aktiviti berfikir di kalangan pelajarnya dengan cara bertanyakan soalan-soalan yang memerlukan pelajar utnuk berfikir.

Contoh soalan : Kenapa kamu memilih untuk menggunakan model pembangunan perisian Rapid Application Development (RAD) dalam projek ini?


4) Bentangkan dan laporkan dalam blog anda.

No comments:

Post a Comment