1) Dapatkan tiga definisi Pemikiran Visual (Visual thinking) dari literatur.
a) Moore dan Dwyer menerangkan bahawa pembangunan pemikiran visual secara keseluruhannya melibatkan penggunaan gambar, warna, diagram, atau media visual yang lain seperti animasi dan simulasi (Moore & Dwyer, 1994).
Rujukan: Noor Azean Atan & Zaidatun Tasir. Visualization Application Through Computer Network Learning System (V-Conels) In Authentic Learning Environments For Teachers Programme. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
b) Pemikiran visual merujuk kepada sekumpulan kemahiran yang dihasilkan, di mana apabila ia diamalkan dengan disiplin yang kental akan menghasilkan idea grafik yang baru dan asli.
Rujukan: http://www.design.iastate.edu/NAB/about/thinkingskills/visualbasics/visualthinkingbasics.html
c) Pemikiran visual ialah latihan menggunakan gambarajah bagi menyelesaikan masalah- masalah, berfikir menerusi isu-isu, dan berkomunikasi dengan jelas.
Rujukan: http://www.scribd.com/doc/14283613/Visual-Creative-Thinking
2) Kemukakan sintesis dari definisi-definisi berkenaan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran komputer.
Manusia menggunakan pemikiran visual untuk menggambarkan atau mengimaginasikan sesebuah masalah di dalam fikiran mereka atau menvisualisasikan apa sebenarnya yang berlaku dalam lingkungan batasan yang tertentu. Berfikir secara visual membenarkan manusia melihat masa hadapan melalui imaginasi dan kemungkinan apa yang akan berlaku. Pengajaran dan pembelajaran visual pula adalah rentetan dan perkembangan daripada pemikiran visual iaitu mengajar dan belajar sesuatu melalui penggunaan visual. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran komputer, penggunaan visualisasi seperti grafik dan simulasi yang bersesuaian memberi kemudahan kepada pelajar-pelajar untuk lebih memahami aspek teoritikal yang mereka pelajari.
3) Kemukakan contoh.
Sebagai contoh, penggunaan visualisasi dalam sistem pembelajaran merekabentuk infrastruktur rangkaian komputer. Justeru pelajar boleh menghubungkaitkan pengetahuan teoritikal mereka dan faham bagaimana pengetahuan tersebut diaplikasikan pada keadaan dunia sebenar berdasarkan kepada ciri-ciri pembelajaran berasaskan situasi. Tahap literasi visual pelajar dikenalpasti dahulu sebelum rekabentuk sistem pembelajaran ini dibangunkan. Dengan menggunakan pendekatan dan rekabentuk pengajaran berasaskan visual, para pelajar dapat mempelajari infrastruktur rangkaian komputer dengan lebih jelas lagi dan dapat mempertingkatkan pencapaian mereka dari segi pengetahuan dan juga kemahiran.
4) Bentangkan dan laporkan dalam blog anda.
No comments:
Post a Comment