Thursday, June 17, 2010

Aktiviti 6: Literasi Maklumat


1)        Dapatkan definisi literasi  maklumat dari literatur.

a)        Persatuan Perpustakaan Amerika dalam Laporan Literasi Maklumat mendefinisikan masyarakat berliterasi maklumat sebagai:

i.          Mengetahui bila maklumat diperlukan,
ii.        Mengenal pasti maklumat tertentu bagi mengenal pasti sesuatu masalah atau isu,
iii.      Mencari maklumat yang diperlukan,
iv.      Menilai maklumat yang diperlukan,
v.        Mengorganisasikan maklumat yang diperlukan,
vi.      Menggunakan maklumat secara efektif bagi mengenal pasti sesuatu masalah atau isu semasa,

Rujukan: Rozinah Jamaludin. (2005). Multimedia dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

b)         American Association of School Librarians (AASL) (Persatuan Pustakawan Sekolah Amerika) dan Association for Educational Communications and Technologies (Persatuan Komunikasi dan Teknologi Pendidikan) menyatakan bahawa “literasi maklumat adalah keupayaan mencari dan mengguna maklumat – adalah kunci pembelajaran sepanjang hayat”. Menurut American Library Association (ALA), untuk menjadi celik maklumat, seseorang itu mesti berupaya mengenalpasti bila maklumat diperlukan dan berkeupayaan mengesan, menilai, dan menggunakan dengan berkesan maklumat yang diperlukan itu. Individu-individu yang celik maklumat juga adalah mereka yang telah mempelajari bagaimana untuk belajar. Mereka tahu bagaimana untuk belajar kerana mereka tahu bagaimana pengetahuan disusun, tahu bagaimana mencari maklumat, dan tahu bagaimana menggunakan maklumat itu agar orang lain dapat mempelajari daripada mereka (Byerly/Brodie, 1999).
Rujukan: Jesus Lau. 2006. Garis Panduan Mengenai Literasi Maklumat Untuk Pembelajaran Sepanjang Hayat. International Federation of Library Associations and Institutions (IFLA), Universidad Veracruzana.

c)         Literasi maklumat bermakna seseorang itu tahu bagaimana hendak mendefinisikan keperluan maklumatnya dengan jelas dalam bidang ataupun topiknya yang tertentu. (Irma Indayu & Yushiana, 2005).

Rujukan: Irma Indayu Omar & Yushiana Mansor. 2005. Panduan Mencari Maklumat. Batu Caves: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.


2)        Huraikan dengan contoh dalam konteks pendidikan komputer.

Aspek pengesanan dan pengaksesan maklumat dalam kemahiran maklumat tidak sama seperti kecekapan berfikir yang lebih tinggi berkaitan cara-cara untuk menilai, mentafsir dan mengguna maklumat. Kaedah pengajaran pembelajaran sepanjang hayat dan teori-teori pendidikan telah mempengaruhi pengajaran literasi maklumat. Pendekatan konstruktivis bertumpukan para pelajar yang mengguna maklumat untuk penyelesaian sesuatu masalah, dan oleh yang demikian, telah mewujudkan suatu kefahaman baru melalui penyiasatan dan pemikiran yang aktif, bukannya melalui hafalan fakta yang dibentangkan di dalam bilik kuliah. Pendekatan pedagogi seperti ini, yang memerlukan literasi maklumat, membolehkan para pelajar menjadi pelajar yang proaktif. Dari satu segi, literasi maklumat harus berdasarkan pembelajaran-berasaskan-sumber, penemuan maklumat, dan pengajaran berasaskan siasatan dan masalah. Dalam konteks pendidikan terutama pendidikan komputer, guru-guru atau pensyarah perlu menggunakan sebilangan pendekatan pedagogi yang sesuai agar hasil pembelajaran yang dihasratkan itu menjadi kenyataan, membolehkan para pelajar membuat penilaian dan secara realistik dapat mengenalpasti sebanyak mungkin gaya dan pendekatan pembelajaran. Guru mungkin meberi tugasan kepada pelajar untuk mencari beberapa keratan akhbar, artikel atau jurnal berkaitan topik pembelajaran pada hari tersebut. Setelah mendapat maklumat yang diperlukan, para pelajar diminta membuat analisis perbandingan kesemua maklumat yang diperoleh berkaitan topik masing-masing. Di akhir kelas, semua pelajar diminta mempersembahkan hasil rumusan / sintesis yang mereka telah lakukan berkaitan topik tersebut dan rakan-rakan sekelas diminta memberi pendapat dan komen berkaitan topik yang dipersembahkan oleh rakan mereka.

3)    Bentang dan laporkan dalam blog anda.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment