Thursday, June 17, 2010

Aktiviti 5: Literasi Multimedia

1)       Dapatkan definisi literasi multimedia dari literatur.

a)        Menurut Mahzan Arshad, literasi atau kemahiran multimedia merangkumi:

i.          Memahami menggunakan multimedia

ii.        Menambah percubaan pada persembahan multimedia

iii.      Mengimport/membentuk grafik bagi meningkatkan persembahan multimedia

iv.      Menambah suara pada persembahan multimedia, dan

v.        Menambah pergerakan pada persembahan multimedia

Rujukan: Mahzan Arshad. 2008. Pendidikan Literasi Bahasa Melayu: Strategi Perancangan dan Perlaksanaan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

b)         Vivi Lachs dalam bukunya bertajuk Making Multimedia In The Classroom menulis literasi multimedia sebagai kebolehan bagi memahami teks bergambar, kesan bunyi dan teks, dan dalam masa yang sama menentukan yang mana satu hendak dibaca. (Vivi Lachs, 2004).

Rujukan: Vivi Lachs. 2004. Making Multimedia In The Classroom. London: Taylor & Francis Books Ltd.

c)         Mark Warschauer dalam bukunya bertajuk Laptops and Literacy: Learning in the Wireless Claaroom mendefinisikan literasi multimedia sebagai set kemahiran yang diperlukan untuk menterjemah dan menghasilkan mesej-mesej bermakna hasil daripada penggunaan imej-imej, gambar, video, animasi, muzik, bunyi-bunyian, dan tipografi (berkaitan ilmu cetak).

Rujukan: Mark Warschauer. 2006. Laptops and Literacy: Learning in the Wireless Claaroom. New York: Teachers College Press.


2)                  Huraikan dengan contoh dalam konteks pendidikan komputer.


Dalam literasi multimedia, para pelajar akan diajar pelbagai kemahiran yang diperlukan untuk menghasilkan pelbagai bahan berbentuk multimedia. Para pelajar biasanya akan diperkenalkan dengan pelbagai perisian untuk menghasilkan bahan berbentuk multimedia. Para pelajar akan dibimbing oleh guru atau pensyarah yang bertindak sebagai pemudahcara atau fasilitator untuk membantu mereka meneroka dan mempelajari perisian-perisian tersebut. Dalam menghasilkan sesebuah perisian pembelajaran yang interaktif contohnya, para pelajar pada mulanya akan diajar untuk memahami bagaimana untuk menggunakan perisian tersebut. Mereka juga akan diajar bagaimana mengimport atau membentuk grafik bagi meningkatkan persembahan multimedia. Jika melibatkan video atau animasi, para pelajar juga akan diajar bagaimana untuk memasukkan suara dan menambah pergerakan dalam persembahan multimedia. Selain mengembangkan kemahiran literasi multimedia, secara tidak langsung juga ia mendidik atau mengasah kreativiti pelajar dalam membangunkan atau menyiapkan projek yang mereka lakukan. Mereka dapat belajar bagaimana untuk mempersembahkan sesuatu bahan yang bukan sahaja menarik dan interaktif tetapi paling penting adalah mereka dapat menyampaikan kandungan mesej dengan jelas kepada audien yang menjadi sasaran mereka. Dalam hal ini, guru atau pensyarah yang bertindak sebagai penilai bukan sahaja dapat menilai aspek kemahiran pelajar malah mereka juga dapat menilai daya kreativiti pelajar dalam mempersembahkan hasil tangan mereka dalam penggunaan teknologi multimedia.


3)         Bentang dan laporkan dalam blog.


No comments:

Post a Comment