Friday, June 18, 2010

Aktiviti 1: Pemikiran Reflektif

1) Dapatkan tiga definisi Pemikiran Reflektif dari literatur.

John Dewey (1911) mankrifkan pemikiran reflektif sebagai pengiktirafan sesuatu kepercayaan atau ilmu pengetahuan dalam lingkungan dasar yang memperkuatkan keyakinan tersebut dan kesimpulan yang boleh diandaikan darinya. Dalam bukunya How We Think (1933), Dewy menghuraikan pemikiran reflektif sebagai salah satu daripada tiga pilihan bagi seseorang yang menghadapi situasi bermasalah. Pilihan pertama ialah menyatakan masalah lalu melupakannya. Pilihan kedua ialah menyatakan masalah dan mengandaikan bahawa masalah itu tidak boleh diatasi tanpa sumber tambahan. Pilihan ketiga ialah memikirkan masalah secara reflektif dan menyelesaikannya. Dewey (1933) mendefinisikan pemikiran reflektif sebagai "active, persistent, and careful consideration of any belief or supposed form of knowledge in the light of the grounds that support it and the further conclusions to which it tends". Dengan berfikir secara reflektif, seseorang boleh "transform a situation in which there is experienced obscurity, doubt, conflict, disturbance of some sort, into a situation that is clear, coherent, settled, harmonious". Dengan erti kata lain, seseorang boleh mengubah suatu keadaan keraguan, konflik, dan gangguan yang dialami kepada keadaan yang nyata, koheren, tenang dan harmonis.

Rujukan: Dewey - Pemikiran Refleksi. http://www.teachersrock.net/Dewey%20Pemikiran%20Refleksi.htm


Lambright (1995) pula mengaitkan pemikitan reflektif dengan pemikiran kritis. Pemikiran ini memberi penekanan terhadap tujuan atau maksud / idea yang ingin disampaikan.

Rujukan: Dr. Tajulripin Sulaiman. Nota Kemahiran Berfikir. Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.


West (1996) menyenaraikan kebolehan dalam pemikiran reflektif :

• Mengenalpasti kesimpulan
• Mengenalpasti sebab dan bukti
• Mengenalpasti bahasa yang kabur
• Mengenalpasti konflik dan nilai
• Menilai penaakulan berdasarkan statistik
• Menilai persampelan dan pengalaman
• Menilai penaakulan secara logik
• Mengenalpasti maklumat yang tertinggal atau tersingkir
• Kebolehan menyuarakan pendapat melalui cara yang berhemah.
Rujukan: Dr. Tajulripin Sulaiman. Nota Kemahiran Berfikir. Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.


2) Kemukakan sintesis dari definisi-definisi berkenaan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran komputer.

a) Pemikiran refleksi secara umumnya adalah berkenaan dengan pembelajaran daripada pengalaman dan proses yang dipandukan oleh data yang ada.

b) Seseorang yang berfikiran reflektif akan mengenalpasti dan memahami sesuatu masalah yang berlaku semasa proses pembelajaran itu terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan atau tindakan terhadap masalah yang dihadapi.

c) Pemikiran reflektif membolehkan seseorang menilai kesan dan akibat apabila sesuatu tindakan itu diambil.

d) Pemikiran reflektif membolehkan seseorang menilai pelbagai alternatif dan menilai pelbagai faktor bagi menyelesaikan sesuatu masalah dan memerlukan seseorang membuat keputusan yang sukar atau mungkin memberi kesan yang berisiko.


3) Kemukakan contoh bagaimana pemikiran reflektif dalam pengajaran dan pembelajaran komputer diaplikasikan.

Sebagai contoh, para pelajar ditugaskan untuk mebuat kajian tindakan terhadap kursus komputer. Refleksi dalam konteks penyelidikan tindakan berlaku di sepanjang kitar penyelidikan namun tumpuan ialah pada dua peringkat iaitu di peringkat awal memulakan penyelidikan dan di peringkat post tindakan atau pemantauan. Di peringkat awal penyelidikan, pelajar biasanya perlu membuat tinjauan atau analisis situasi, menentukan isu dan bidang keprihatinan, menentukan fokus penyiasatan atau perubahan dan menganalisis kefahaman semasa kendiri serta orang lain. Manakala di peringkat post tindakan, pelajar biasanya perlu mensintesis perubahan dan peningkatan kendiri dan peserta kursus, menilai kembali kefahaman dan tanggapan mereka, menentukan apakah rumusan yang boleh dibuat hasil daripada kajian yang telah dilakukan dan seterusnya menentukan tindakan selanjutnya yang patut diambil sama ada perlu melakukan kitaran kedua kursus, atau mengadakan lebih banyak kursus sedemikian, follow-up peserta dan sebagainya.


4) Bentangkan dan laporkan dalam blog anda.

1 comment:

  1. Satu ilmu berkaitan pemikiran reflektif yang mendalam dan mudah difahami dan memberi input yang berguna kepada pembaca.

    ReplyDelete