Saturday, June 19, 2010

Aktiviti 3: Gabung Jalin Secara Tersirat (Implisit)

1) Bincangkan kelemahan dan kekuatan kaedah ini. 



GABUNG JALIN SECARA TERSURAT (IMPLISIT)
Kekuatan
Kelemahan
Aspek atau elemen kemahiran berfikir  yang dimasukkan dalam sesuatu strategi atau kaedah pengajaran akan membuatkan tingkah laku pelajar atau peserta berlaku secara semula jadi kerana mereka tidak menyedari elemen kemahiran berfikir yang diselitkan.

Para peserta atau pelajar hanya mengikuti aktiviti yang dirancang oleh guru tanpa faham dan sedar dengan mendalam apa sebenarnya yang cuba disampaikan oleh guru, dan apakah kemahiran yang ingin dikembangkan oleh guru tersebut.
Tanpa sedar / secara tidak langsung, para peserta dan pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran berfikir contohnya dalam kursus pengaturcaraan komputer.

Pelajar tidak tahu atau sedar apa objektif sebenar pembelajaran mereka.
Guru dapat menilai kemahiran pelajar tanpa mereka sedari. Justeru, tidak timbul isu berat sebelah dalam pemberian markah penilaian dan sebagainya.
Guru atau tenaga pengajar tidak dapat mencapai objektif pembelajaran yang dikehendaki dan mungkin perlu mengajar semula kursus tersebut dengan menggunakan pendekatan berbeza yang lebih mudah difahami oleh pelajar.



2)         Berikan contoh bagaimana kaedah ini boleh diaplikasikan dalam kursus-kursus komputer.

Dalam mengendalikan kursus-kursus komputer, kita seharusnya menyelitkan elemen-elemen kemahiran berfikir, kemahiran untuk meneroka sendiri perisian kursus, kemahiran berinteraksi antara peserta kursus dan sebagainya. Kita mungkin tidak menyatakan dalam objektif utama kita bagaimana kita akan memasukkan juga elemen kemahiran ini, tetapi sebagai fasilitator kursus, kita perlu pandai menyelitkan elemen-elemen ini sepanjang kursus dijalankan. Sebagai contoh, semasa kursus berjalan, kita mungkin boleh bertanyakan soalan kepada para peserta bagi menguji kemahiran berfikir mereka dan untuk melihat sejauh mana peserta tersebut faham dengan apa yang kita tunjukkan atau ajarkan. Kita biasanya akan membekalkan peserta kursus dengan pelbagai bahan kursus berupa modul, cd, nota dan sebagainya. Seringkali pengajar mendemonstrasikan langkah demi langkah bagaimana sesuatu kemahiran itu digunakan. Namun, mengikut konsep gabung jalin tersirat, seeloknya fasilitator hanya bertindak sebagai pemudahcara bagi membimbing peserta menggunakan perisian tersebut supaya peserta lebih banyak berfikir kenapa langkah-langkah tersebut perlu dilakukan dan kenapa tidak begitu atau begini. Selain itu, tenaga pengajar juga perlu memupuk semangat kerja berpasukan di kalangan peserta kajian dengan cara menasihatkan pelajar yang telah menguasai kemahiran tersebut untuk membantu pelajar yang masih lemah. Secara tidak langsung kemahiran atau cara kerja secara berpasukan dapat dipupuk dan dibudayakan di kalangan peserta kursus.

1 comment:

  1. Bongo Casino Review - JT Hub
    Bongo Casino is a gambling 광양 출장마사지 platform 안성 출장마사지 with its own casino website. With 용인 출장샵 live games, they are quick to 논산 출장안마 join and play slots and tables 충청북도 출장샵 without downloading and

    ReplyDelete