Thursday, June 17, 2010

Aktiviti 3: Penyelesaian Masalah Kreatif (PMK)

1) Dapatkan tiga definisi Penyelesaian Masalah Kreatif dari literatur.

a) Menurut Abdul Rahman (2002), menyelesaikan masalah kreatif mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
i. Tidak bersifat kritikal seperti kaedah logik, dengan cara berfikirnya dikawal oleh penilaian yang betul atau salah.
ii. Tidak bersifat analitik seperti kaeah saintifik yang cuba memahami sesuatu masalah sedalam-dalamnya melalui fakta dan maklumat demi menemui kebenaran.
iii. Tidak bersifat vertikal atau sehala seperti kaedah saintifik yang hanya berfikir menurut logik sebab-akibat. Kaedah kreatif sebaliknya bersifat generatif dan inovatif bagi menerbitkan perubahan demi perubahan itu sendiri, tanpa diikat oleh logik sebab-akibat.

Rujukan: Mohd. Azhar Abd. Hamid, Mohd. Koharuddin Balwi, Muhamed Fauzi Othman (2006). Rekacipta & Inovasi Dalam Perspektif Kreativiti. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

b) Penyelesaian masalah kreatif adalah berdasarkan beberapa tahap, Jane (1999):

i. Kewujudan masalah
ii. Mengenalpasti masalah
iii. Pengumpulan data
iv. Menerbitkan idea
v. Merancang
vi. Aplikasi
vii. Penilaian

Rujukan: Mohd. Azhar Abd. Hamid, Mohd. Koharuddin Balwi, Muhamed Fauzi Othman (2006). Rekacipta & Inovasi Dalam Perspektif Kreativiti. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

c) Noller (1979) mendefinisikan Penyelesaian Masalah Kreatif dengan cara mendefinisikan setiap daripara 3 perkataan utamanya: Penyelesaian, Masalah & Kreatif.

Penyelesaian: Memikirkan cara untuk menjawab, menemui atau memenuhi masalah, mengadaptasikan diri kepada situasi atau mengadaptasikan situasi dengan diri.

Masalah: Sebarang situasi yang muncul sebagai satu cabaran, memberi peluang, atau sesuatu yang merisaukan anda.

Kreatif: mempunyai suatu elemen yang baru & relevan sekurang-kurangnya kepada kita, iaitu orang yang mencipta penyelesaian tersebut.
Penyelesaian Masalah Kreatif (PMK) adalah suatu proses, satu kaedah, satu sistem untuk mendekati sesuatu masalah dengan cara yang imaginatif dan menghasilkan tindakan yang efektif.

Rujukan: Scott G. Isaksen, K. Brian Dorval & Donald J. Treffinger (2011). Creative Approaches to Problem Solving: A Framework for Innovation and Change (3rd Ed.). California: SAGE Publications, Inc.


2) Kemukakan sintesis dari definisi-definisi berkenaan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran komputer.

Dalam konteks pengajaran & pembelajaran komputer, Penyelesaian Masalah Kreatif (PMK) boleh disintesiskan sebagai:

i. Pelajar menghasilkan idea-idea baru dan relevan melalui daya imaginatif bagi menyelesaikan sesuatu masalah berkaitan pembelajaran dalam pendidikan komputer.
ii. Para pelajar melihat sesuatu daripada perspektif baru.
iii. Para pelajar menggabungkan idea yang sedia ada kepada pembentukan idea baru dalam menyelesaikan sesuatu masalah berkaitan masalah dalam pembelajaran komputer.
iv. Membuat sintesis, imaginasi dan visualisasi bagi mendapatkan idea-idea baru.
v. Pemikiran kreatif adalah pemikiran yang menerbitkan idea. Idea yang diterbitkan bersifat baru dan kadang-kadang berlawanan dengan logik. Namun, pemikiran kreatif mestilah berasaskan manipulasi segala pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada. Menerusi pengalaman dan pengetahuan yang dimilikinya, seseorang itu akan berusaha mencari pelbagai input idea dalam pelbagai perspektif dan dimensi bagi mewujudkan idea atau hasil yang baru yang lebih baik daripada sebelumnya dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.


3) Kemukakan contoh .

Dalam aktiviti kelas, guru memberikan tugasan kepada para pelajar untuk membangunkan sebuah laman web mereka sendiri. Para pelajar diberi kebebasan untuk membangunkan laman web mereka mengikut kreativiti mereka sendiri. Justeru, setiap pelajar akan cuba untuk menghasilkan satu laman web yang menarik dan baik daripada segi antaramuka dan kandungannya. Mereka akan menggunakan daya imaginasi dan pengalaman serta kemahiran mereka yang ada untuk membangunkan laman web tersebut. Secara tidak langsung, guru-guru dapat mengembangkan kemahiran penyelesaian masalah kreatif pelajar dalam pendidikan komputer. Justeru di akhir pengajaran, guru-guru akan mendapat pelbagai hasil laman web pelajar yang interaktif dan menarik, berbeza mengikut kreativiti masing-masing.

4) Bentangkan dan laporkan dalam blog anda.

No comments:

Post a Comment