Thursday, June 17, 2010

Aktiviti 3: Perbandingan dan Perkaitan

1)         Apakah perbezaan antara pemikiran visual dengan literasi visual.


PERBEZAAN ANTARA PEMIKIRAN VISUAL & LITERASI VISUAL


PEMIKIRAN VISUAL

LITERASI VISUAL
Proses yang berlaku dalam minda dan tidak semestinya diluahkan melalui sesuatu yang boleh dilihat, dibaca atau didengar.

Merupakan proses pembelajaran yang membimbing pelajar untuk memahami sesuatu visual & bagaimana menterjemahkan mesej yang ingin disampaikan itu dalam bentuk yang lebih mudah difahami dan lebih tepat.

Proses memahami mesej yang disampaikan oleh gambar, diagram, atau media visual yang lain.

Proses pembelajaran yang berkenaan visual, kepentingan, mesej yang terkandung serta cara-cara penghasilannya.
Terjemahan / tafsiran sesuatu visual berdasarkan pengalaman dan pengetahuan sama ada secara formal mahupun tidak formal.
Proses pengajaran & pembelajaran untuk membantu seseorang individu menterjemah sesuatu bentuk visual & bagaimana untuk menghasilkannya dalam bentuk dan format yang mudah untuk difahami oleh umum.



2)         Apakah persamaan antara permikiran visual dan literasi visual.    


PERSAMAAN ANTARA PEMIKIRAN VISUAL & LITERASI VISUAL


PEMIKIRAN VISUAL

LITERASI VISUAL
Kedua-duanya memfokuskan kepada aspek visual iaitu sama ada gambar, diagram, atau media visual yang lain.
Kedua-duanya memerlukan daya pengamatan seseorang individu untuk memahami dan menterjemah sesuatu gambar, diagram, rajah atau visual yang dilihat.
Terjemahan dan tafsiran sesuatu visual bergantung juga kepada pengetahuan dan pengalaman sedia ada seseorang untuk memahaminya dan membuat tafsiran serta terjemahan..
     

3)         Apakah perkaitan pemikiran visual dengan literasi visual.

Dalam menterjemah atau membuat tafsiran terhadap sesuatu visual yang dilihat, seseorang perlu memahami terlebih dahulu apa mesej yang ingin disampaikan dalam visual tersebut dan untuk memahaminya, seseorang itu perlu berfikir berdasarkan pengetahuan dan pengalamannya sendiri agar individu terbabit dapat menjelaskan dan mentafsir mesej yang ingin disampaikan dengan tepat. 


4)         Kemukakan contoh konteks pengajaran dan pembelajaran komputer.

Pelajar diberikan tugasan iaitu setiap pelajar diberikan satu topik yang akan dipelajari. Setiap pelajar perlu membuat persembahan slaid dan menerangkan kepada rakan-rakan sekelasnya segala maklumat, gambar atau video yang mereka gunakan untuk menerangkan topik tersebut. Justeru, setiap minggu, sebelum guru memulakan pengajaran, 2-3 orang daripada pelajar perlu membuat persembahan di dalam kelas dan menerangkan topik masing-masing menggunakan slaid yang telah mereka siapkan, manakal pelajar yang lain membuat catatan dan cuba untuk memahami apa yang ingin disampaikan oleh rakan mereka. Setiap kali seorang pelajar selesai menerangkan topik tersebut, guru-guru memilih beberapa orang pelajar secara rawak di dalam kelas dan meminta mereka menerangkan apa yang mereka faham tentang segala gambar atau video yang  ditayangkan oleh rakan mereka. Mereka juga diminta menerangkan apakah mesej yang ingin disampaikan oleh rakan mereka berdasarkan tafsiran dan kefahaman mereka sendiri.ng-masing mengenai visual yang dipaparkan dan seterusnya menghasilkan suatu bentuk paparan yang mudah difahami oleh semua.


5)         Bentangkan dan laporkan dalam blog anda.
 


No comments:

Post a Comment