Thursday, June 17, 2010

Aktiviti 4: Perbandingan PM dan PBM


1)        Berdasarkan aktiviti 1 dan 2, buat perbandingan (persamaan dan perbezaan) PM dan PBM.

Perbandingan PM & PBM
Persamaan
Perbezaan
Kedua-dua PM & PBM mencari penyelesaian kepada masalah yang timbul.
PBM biasanya berlaku di dalam kelas semasa sesi p&p, bertujuan untuk mencari penyelesaian kepada masalah berkaitan subjek pembelajaran manakala PM tidak semestinya berlaku di dalm kelas, PM digunakan dalam menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi dalam kehidupan seharian.

Kedua-dua PM & PBM akan menjadi penggalak ataupun fokus kepada penggunaan kemahiran-kemahiran penyelesaian masalah dan pentaakulan serta mendorong mencari maklumat baru dan menyusun pengetahuan yang sedia ada supaya masalah itu akhirnya dapat diselesaikan.

PBM menggunakan pelbagai contoh masalah bagi tujuan pemahaman dan pembelajaran, manakala PM lebih kepada tujuan utamanya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi, dan tidak semestinya untuk tujuan pembelajaran. 
Proses yang dilalui dalam menyelesaikan masalah akan memberikan sesorang itu pengalaman & pengetahuan dalam mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi.

Dalam PBM, biasanya melibatkan guru atau fasilitator yang akan membimbing pelajar dalam menyelesaikan masalah semasa proses pembelajaran manakala dalam PM, seseorang tidak memerlukan bimbingan guru atau fasilitator untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi, semuanya bergantung kepada daya usaha mereka sendiri.



2)        Huraikan dengan contoh dalam konteks pendidikan komputer.

Pelajar ditugaskan untuk mencuba perisian pembelajaran yang baru dan menjawab beberapa soalan yang disediakan dalam perisian tersebut. Mengikut PBM, para pelajar akan dipantau oleh tenaga pengajar atau fasilitator untuk membantu pelajar jika mereka menghadapi masalah dan membantu mereka dalam proses pembelajaran bagi memastikan objektif pembelajaran pada hari itu tercapai. PBM menggalakkan para pelajar berfikir dan mendapatkan pengetahuan serta pengalaman hasil daripada contoh permasalahan yang diberi. Hasil / penyelesaian yang diperoleh akan memberi pengalaman pembelajaran dan pemahaman kepada pelajar untuk memahami sesuatu konsep dalam subjek pembelajaran mereka. Namun dalam konteks PM, tiada guru atau fasilitator yang akan membantu para pelajar, tiada aspek pembelajaran ditekankan, yang penting seseorang itu dapat menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

3)        Bentang dan laporkan dalam blog.
 

No comments:

Post a Comment