Friday, June 18, 2010

Aktiviti 1: Pemikiran Sistem

1) Apakah maksud sistem? Dan apakah komponen sistem?

Definisi Sistem

Sistem adalah sekumpulan unsur / elemen yang saling berkaitan dan saling mempengaruhi dalam melakukan kegiatan bersama untuk mencapai suatu tujuan.

Rujukan: http://definisi.net/story.php?title=sistem


Komponen Sistem

Dariusz& Leszek mendefinisikan komponen sistem sebagai objek-objek yang saling memerlukan atau saling bergantungan dalam membentuk sesuatu sistem. Setiap komponen memiliki sifat-sifat dan kelakuan-kelakuan yang sebahagiannya sama dan sebahagiannya pula adalah berbeza. Setiap satu objek tersebut memberikan kesan dan pengaruh antara satu sama lain.
Rujukan: http://www.ii.uj.edu.pl/preprint/kotulski06/prep_2_06.pdf

2) Dapatkan tiga definisi Pemikiran Sistem dari literatur.

Senge mendefinisikan Pemikiran Sistem (System Thinking) sebagai kemampuan untuk melihat dan memahami setiap kejadian sebagai satu sistem. Melihat sesuatu fenomena daripada strukturnya yang paling dalam. (Senge, 1990).
Rujukan: Samad Yahya. Hubungan Antara Organisasi Pembelajaran Dengan Kesediaan Untuk Berubah Dalam Perkhidmatan Polis DiRaja Malaysia. Tesis Sarjana, Universiti Utara Malaysia.

Barry Richmond mendefinisikan Pemikiran Sistem (System Thinking) sebagai seni dan sains dalam membuat kesimpulan awal yang boleh dipercayai tentang kelakuan dengan cara membina kefahaman yang mendalam terhadap struktur asas.

Rujukan: Sanal R.P. 2004. Systems Thinking. Science India - The National Science Magazine. http://www.scienceindia.net


Richard Brynteson dalam bukunya Once Upon A Complex Time (2006) mentakrifkan pemikiran sistem merupakan satu corak pemikiran dengan melihat dari pelbagai sudut, ia melihat kepada hubungkait antara bahagian-bahagian dan tidak hanya melihat sesuatu bahagian tertentu sahaja.

Rujukan: Starbiz Week. 2010. 6 Mac 2010.


3) Kemukakan sintesis dari definisi-definisi berkenaan.

Dalam pemikiran sistem, kita tidak melihat sesuatu itu secara berasingan tetapi kita melihat ia sebagai suatu entiti yang saling berhubung dan bergantung antara satu sama lain. Kita perlu melihat sesuatu itu secara keseluruhan. Setiap permasalahan yang timbul dalam sesuatu objek atau entiti mempunyai hubung-kait dengan objek-objek atau entiti-entiti yang lain dalam sesebuah sistem. Apabila berlaku sesutau masalah dalam sesebuah organisasi contohnya, kita perlu melihat daripada pelbagai sudut. Kita perlu mengenal pasti hubungkait antara setiap bahagian dan tidak hanya melihat sesuatu kepada satu-satu bahagian sahaja.


4) Kemukakan contoh bagaimana pemikiran sistem dalam pengajaran dan pembelajaran komputer diaplikasikan.

Dalam pengajaran dan pembelajaran komputer contohnya, kadang-kadang kita mengalami masalah dengan komputer yang selalu 'hang', terlalu lambat bertindakbalas dan sebagainya. Justeru, dalam kelas guru-guru boleh mewujudkan kumpulan perbincangan kecil yang boleh membincangkan tentang simptom-simptom komputer yang bermasalah, punca-punca kerosakan, serta jalan penyelesaian dan langkah pencegahan atau keselamatan bagi mengelakkan daripada berulangnya masalah yang boleh merosakkan komputer. Dalam membincangkan punca-punca dan penyelesaian kepada masalah yang berlaku, para pelajar secara tidak langsung akan melalui proses pemikiran sistem di mana mereka perlu mempertimbangkan pelbagai aspek sebelum dapat mengutarakan penyelesaian yang sepatutnya bagi menyelesaikan masalah yang berlaku. Wakil daripada setiap kumpulan kemudiannya mempersembahkan hasil perbincangan mereka di hadapan kelas agar mereka dapat bertukar-tukar pendapat dengan ahli kumpulan yang lain.


5) Bentangkan dan laporkan dalam blog anda.

No comments:

Post a Comment