Friday, June 18, 2010

Aktiviti 5: Refleksi Metakognitif


1)       Dapatkan tiga definisi refleksi metakognisi (metacognition, metacogitive) dari literatur.
a)       Menurut Ruth M. Loring (2002), kajian membuktikan bahawa refleksi metakognitif merupakan suatu teknik yang hebat untuk memperkenalkan kemahiran pemikiran yang baru kepada pelajar. Teknik ini fokus kepada refleksi pelajar, pertuturan lisan, perkongsian dengan orang lain, dan mengingat mereka melakukan (atau apa yang mereka percaya untuk lakukan) ke atas mental bagi melaksanakan kemahiran berfikir yang berorientasikan penyelesaian masalah. Penggunaan teknik ini membantu pelajar menjadi lebih sedar mengenai prosedur kognitif mereka dan prosedur yang digunakan oleh orang lain untuk melaksanakan operasi yang sama. 

b)         Menurut Salhah Abdullah (2009), proses refleksi dan metakognisi melibatkan proses berfikir tentang cara seseorang berfikir, fikir tentang apa yang dipelajari dan dikaitkan dengan idea daripada peristiwa lalu. Mereka melibatkan diri secara kritikal dan kreatif dalam menilai diri sendiri. Apabila seseorang berfikir tentang cara dia berfikir, itulah dikatakan metakognitif.
Rujukan: Salhah Abdullah. 2009. Kecerdasan Pelbagai - Aplikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

c)       Menurut Cornoldi (1998), refleksi metakognitif bukan sahaja menjelaskan sesuatu dengan mengemukakan bukti, kesedaran, pertuturan lisan, ia juga termasuk dalam sesuatu yang bukan mudah untuk dinyatakan dengan lisan yang mana merujuk kepada ciri-ciri keberkesanan termasuk gerak hati, keseronokan, emosi, pengalaman hidup dan penilaian kendiri.

2)                  Kemukakan  sintesis dari definisi-definisi berkenaan.
a)   Strategi berfikir secara reflektif dapat meningkatkan keupayaan metakognisi iaitu berfikir bagaimana berfikir.
b)      Proses refleksi dan metakognisi menjurus kepada perubahan.
c)      Tingkah laku dan metakognitif perlu dipraktikkan oleh guru dan pelajar dalam persekitaran yang menggalakkan.
d)     Kemahiran refleksi dan metakognisi perlu dibina dalam konteks yang bermakna.
 
3)         Kemukakan contoh refleksi metakognisi dalam pengajaran dan pembelajaran komputer.

Dalam pendidikan komputer contohnya, para pelajar mungkin terlibat dalam proses pembangunan projek perisian sistem. Dalam pembangunan perisian tersebut, pelajar biasanya akan membuat refleksi terhadap diri, adakah dia memenuhi semua keperluan sistem yang dikehendaki dan jika keperluan itu telah dipenuhi, adakah sistem yang dibangunkan benar-benar interaktif untuk digunakan oleh pengguna yang lain. Pelajar akan membuat penilaian kendiri sebelum mempersembahkan hasil projeknya kepada guru atau pensyarah yang akan menilai perisian tersebut. Jika terdapat masalah, seseorang itu akan cuba untuk berfikir bagaimana masalah tersebut dapat diatasi dan apakah langkah-langkah yang sepatutnya diambil untuk menyelesaikan masalah tersebut. Pelajar akan menilai semula dari awal proses yang dilakukan bagi menyiapkan sistem tersebut sehinggalah ke akhir proses pembangunan. Tanpa sedar, emua proses berfikir dan penilaian yang dilakukan melibatkan proses refleksi metakognisi.


4)         Bentangkan  dan laporkan dalam blog anda.

No comments:

Post a Comment