Thursday, August 12, 2010

Aktiviti 2: Teori Pemprosesan Maklumat (Information Processing) Kognitif

A) Dapatkan intisari teori pembelajaran pemprosesan maklumat:

i. Menumpukan kepada bagaimana pelajar memproses maklumat.
ii. Maklumat yang baru disimpan dalam ingatan jangka pendek.
iii. Kemudian diproses sebelum disimpan ke ingatan jangka panjang.
iv. Kombinasi pengetahuan (maklumat yang diproses) & kemahiran di ingatan jangka panjang akan membina strategi-strategi kognitif @ kemahiran yang berkaitan dengan tugas-tugas yang kompleks.

B) Kaitkan dengan kreativiti:
i. Guru-guru perlu memberi kebebasan kepada pelajar untuk mempersembahkan tugasan mereka. Ini kerana setiap pelajar mempunyai cara berfikir yang berbeza-beza.
ii. Pelajar perlu dibantu bagaimana untuk menyimpan maklumat yang diterima setiap kali menerima maklumat baru daripada guru dengan cara yang mudah untuk diingati & difahami.
a) Cth: Buat peta minda.
 Peta Mind (Mind Mapping) adalah satu teknik yang digunakan untuk meningkatkan daya ingatan melalui penggunaan minda sebelah kanan atau subconscious mind (Tony Buzan).
 Setiap pelajar diberi kebebasan untuk membuat peta minda mereka sendiri berdasarkan kreativiti masing-masing.
 “Malangnya, sistem pendidikan yang diikuti oleh kebanyakan orang telah membentuk pemikiran manusia yang lebih linear dan bukannya kreatif ataupun inovatif. Pemikiran linear itu hanya membolehkan manusia berfikir tentang satu siri perkara tunggal dalam satu arah,” kata Tony Buzan sambil memberitahu satu-satunya jalan penyelesaian sekarang adalah beralih kepada pendekatan yang lebih efektif - cth: penggunaan peta minda (Berita Harian, 22 Mac 2010).


Contoh Peta Minda yang dipraktiskan oleh individu ilham Tony Buzan.
C) Beri contoh bagaimana perkaitan ini boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran komputer:
i. Langkah pengajaran mengikut teori pemprosesan maklumat:
a) Perhatian pelajar: Mulakan pengajaran dengan memberikan set induksi yang dapat menarik perhatian pelajar kepada guru & pengajaran.
i. Cth: Dalam pengajaran tajuk perkakasan komputer guru boleh bersoaljawab dengan pelajar dan menunjukkan beberapa contoh perkakasan komputer ke dalam kelas.
b) Merangsang ingatan pelajar kepada tajuk yang berkaitan. Perbincangan tajuk-tajuk lepas yang sudah dipelajari & dikaitkan dengan topik yang akan diajar.
c) Penekanan kepada isi pengajaran yang penting. Penggunaan bahan bantu mengajar yang tepat dengan tajuk yang akan disampaikan.
i) Cth: Edarkan hand out, penyediaan slaid Powerpoint.
d) Persembahkan maklumat dengan teratur dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian.
i) Cth: Perisian kursus yang berkaitan dengan tajuk perkakasan komputer.
e) Tunjukkan pelajar bagaimana mengkategorikan maklumat yang diterima & memahaminya.
f) Beri peluang kepada pelajar untuk mengembangkan maklumat yang baru diterima.
g) Pengulangan.
i) Cth: Meningatkan pelajar beberapa isi penting yang dipelajari (ingatan jangka pendek).
h) Menyediakan beberapa aktiviti @ latihan yang berkaitan dengan pelajaran lepas (ingatan jangka panjang).

Aktiviti 1: Teori Behaviorisme



A)        Dapatkan intisari teori pembelajaran behaviorisme: 
i.          Teori Behavioris mengatakan bahawa pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku yang boleh diperhatikan, dikawal dan diramal. Teori ini mengkaji perhubungan antara rangsangan dan gerak balas apabila pelajar bertindak dalam persekitaran luaran. Selain daripada itu, teori ini juga melihat perhubungan antara tindakan pelajar dengan pengukuhan ransangan.
ii.        Teori Behaviorisme ini dikenali sebagai teori tingkah laku amat mengutamakan pembelajaran kemahiran-kemahiran tertentu khususnya kemahiran fizikal. Mereka menganggap pembelajaran ialah perubahan yang berlaku pada tingkah laku manusia yang berasaskan situasi-situasi tertentu.
iii.      Perubahan pembelajaran ini berlaku melalui 4 proses iaitu:
§  Perhubungan
§  Pelaziman Klasik
§  Pelaziman Operan
§  Pembelajaran melalui pemerhatian

B)        Kaitkan dengan kreativiti:
i.          Pendekatan pengajaran secara tradisional secara sogokan nota-nota seharusnya di kikis dari pemikiran guru tetapi diubah dengan membekalkan pengetahuan dan kemahiran ke arah mendapatkan maklumat.
ii.        Guru-guru sendiri perlu kreatif dalam menyediakan aktiviti pembelajaran kepada pelajarnya & mempelbagaikan kaedah pengajaran mereka.

C)        Beri contoh bagaimana perkaitan ini boleh diaplikasi dalam pengajaran dan               pembelajaran komputer: 
i.          Menyediakan aktiviti-aktiviti tertentu yang melibatkan pelajar secara aktif.
a)        Cth: Perbincangan dalam kumpulan, aktiviti amali dll.
ii.        Bahan pelajaran disusun dalam urutan yang logik supaya pelajar dapat dengan mudah mempelajarinya & dapat memberikan respon tertentu. 
a)        Cth: Penggunaan kertas edaran / hand out disediakan terlebih dahulu & slaid Powerpoint.
iii.      Tiap-tiap respon harus diberi maklum balas secara langsung agar pelajar dapat mengetahui apakah respon yang diberikannya adalah benar.
iv.      Setiap kali pelajar memberikan respon yang benar, maka ia perlu diberi ganjaran dan motivasi.
a)        Cth: jumlah markah yang tinggi, kata-kata pujian dll.

TEORI-TEORI PEMBELAJARAN & BERKAITAN DENGAN KREATIVITI

Saturday, June 19, 2010

Aktiviti 4: Gabung Jalin Secara Tersirat dan Tersurat

1) Berikan contoh bagaimana kaedah ini boleh dilaksanakan dalam kursus komputer.

Sama seperti sebelum ini, dalam mengendalikan kursus-kursus komputer, kita seharusnya menyelitkan elemen-elemen kemahiran berfikir, kemahiran untuk meneroka sendiri perisian kursus, kemahiran berinteraksi antara peserta kursus dan sebagainya. Kita mungkin tidak menyatakan dalam objektif utama kita bagaimana kita akan memasukkan juga elemen kemahiran ini, tetapi sebagai fasilitator kursus, kita perlu pandai menyelitkan elemen-elemen ini sepanjang kursus dijalankan. Sebagai contoh, semasa kursus berjalan, kita mungkin boleh bertanyakan soalan kepada para peserta bagi menguji kemahiran berfikir mereka dan untuk melihat sejauh mana peserta tersebut faham dengan apa yang kita tunjukkan atau ajarkan. Kita biasanya akan membekalkan peserta kursus dengan pelbagai bahan kursus berupa modul, cd, nota dan sebagainya. Seringkali pengajar mendemonstrasikan langkah demi langkah bagaimana sesuatu kemahiran itu digunakan. Namun, mengikut konsep gabung jalin tersirat, seeloknya fasilitator hanya bertindak sebagai pemudahcara bagi membimbing peserta menggunakan perisian tersebut supaya peserta lebih banyak berfikir kenapa langkah-langkah tersebut perlu dilakukan dan kenapa tidak begitu atau begini. Selain itu, tenaga pengajar juga perlu memupuk semangat kerja berpasukan di kalangan peserta kajian dengan cara menasihatkan pelajar yang telah menguasai kemahiran tersebut untuk membantu pelajar yang masih lemah. Secara tidak langsung kemahiran atau cara kerja secara berpasukan dapat dipupuk dan dibudayakan di kalangan peserta kursus.

Selain itu, pelajar juga perlu diajar bagaimana untuk memahami proses pembelajaran mereka sendiri semasa menjalani kursus komputer. Pegetahuan peserta terhadap proses pembelajaran mereka sendiri dapat membantu mereka memantau dan mengawal proses berfikir dan proses pembelajaran mereka ketika menjalankan aktiviti dan menyelesaikan sebarang masalah di sepanjang kursus tersebut. Seterusnya mereka dapat mengaplikasikan kemahiran tersebut dalam kehidupan seharian mereka.

Aktiviti 3: Gabung Jalin Secara Tersirat (Implisit)

1) Bincangkan kelemahan dan kekuatan kaedah ini. 



GABUNG JALIN SECARA TERSURAT (IMPLISIT)
Kekuatan
Kelemahan
Aspek atau elemen kemahiran berfikir  yang dimasukkan dalam sesuatu strategi atau kaedah pengajaran akan membuatkan tingkah laku pelajar atau peserta berlaku secara semula jadi kerana mereka tidak menyedari elemen kemahiran berfikir yang diselitkan.

Para peserta atau pelajar hanya mengikuti aktiviti yang dirancang oleh guru tanpa faham dan sedar dengan mendalam apa sebenarnya yang cuba disampaikan oleh guru, dan apakah kemahiran yang ingin dikembangkan oleh guru tersebut.
Tanpa sedar / secara tidak langsung, para peserta dan pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran berfikir contohnya dalam kursus pengaturcaraan komputer.

Pelajar tidak tahu atau sedar apa objektif sebenar pembelajaran mereka.
Guru dapat menilai kemahiran pelajar tanpa mereka sedari. Justeru, tidak timbul isu berat sebelah dalam pemberian markah penilaian dan sebagainya.
Guru atau tenaga pengajar tidak dapat mencapai objektif pembelajaran yang dikehendaki dan mungkin perlu mengajar semula kursus tersebut dengan menggunakan pendekatan berbeza yang lebih mudah difahami oleh pelajar.



2)         Berikan contoh bagaimana kaedah ini boleh diaplikasikan dalam kursus-kursus komputer.

Dalam mengendalikan kursus-kursus komputer, kita seharusnya menyelitkan elemen-elemen kemahiran berfikir, kemahiran untuk meneroka sendiri perisian kursus, kemahiran berinteraksi antara peserta kursus dan sebagainya. Kita mungkin tidak menyatakan dalam objektif utama kita bagaimana kita akan memasukkan juga elemen kemahiran ini, tetapi sebagai fasilitator kursus, kita perlu pandai menyelitkan elemen-elemen ini sepanjang kursus dijalankan. Sebagai contoh, semasa kursus berjalan, kita mungkin boleh bertanyakan soalan kepada para peserta bagi menguji kemahiran berfikir mereka dan untuk melihat sejauh mana peserta tersebut faham dengan apa yang kita tunjukkan atau ajarkan. Kita biasanya akan membekalkan peserta kursus dengan pelbagai bahan kursus berupa modul, cd, nota dan sebagainya. Seringkali pengajar mendemonstrasikan langkah demi langkah bagaimana sesuatu kemahiran itu digunakan. Namun, mengikut konsep gabung jalin tersirat, seeloknya fasilitator hanya bertindak sebagai pemudahcara bagi membimbing peserta menggunakan perisian tersebut supaya peserta lebih banyak berfikir kenapa langkah-langkah tersebut perlu dilakukan dan kenapa tidak begitu atau begini. Selain itu, tenaga pengajar juga perlu memupuk semangat kerja berpasukan di kalangan peserta kajian dengan cara menasihatkan pelajar yang telah menguasai kemahiran tersebut untuk membantu pelajar yang masih lemah. Secara tidak langsung kemahiran atau cara kerja secara berpasukan dapat dipupuk dan dibudayakan di kalangan peserta kursus.

Aktiviti 2: Gabung Jalin Secara Tersurat (Eksplisit)


1)                  Bincangkan kebaikan dan kelemahan teknik ini.

GABUNG JALIN SECARA TERSURAT (EKSPLISIT)

Konsep gabung jalin ialah tumpuan yang seimbang antara akademik, kesihatan, kemahiran fizikal dan kestabilan emosi. Penggabungjalinan juga merupakan proses menggabungkan pelbagai bidang kemahiran bagi mewujudkan satu pelajaran yang integratif dan menyeluruh. Antara kemahiran-kemahiran asas yang dimaksudkan adalah mendengar, melihat, bercakap, membaca mengira, menulis dan melukis.

Kebaikan
Keburukan
Pelajar atau peserta sedar proses yang berlaku dalam pemikiran mereka apabila mereka melakukan sesuatu aktiviti atau membuat tugasan.

Pelajar sedar proses yang berlaku tetapi tidak dapat mengaplikasikan semua kemahiran yang diperlukan kerana sesetengah pelajar mungkin baik dari segi pencapaian akademik tetapi pasif di dalam kelas. (pelajar tidak dapat menggabungkan aspek kemahiran fizikal sedangkan konsep gabung jalin ialah menggabungkan kesemua aspek tersebut).

Peserta dapat melihat aras pemikiran dan tahap pembelajaran mereka berada di peringkat mana. Cth: mengikut aras / hirarki Taksonomi Bloom untuk memberi gambaran tentang kualiti dan pencapaian seseorang dalam pembelajaran.

Pelajar yang mempunyai masalah atau kekurangan dari segi keupayaan fizikal mungkin tidak dapat turut serta dalam aktiviti kelas yang dijalankan kerana pergerakan dan tahap kesihatan  mereka yang mungkin agak terbatas.



Menggabungkan pelbagai aspek / elemen seperti akademik, kesihatan, kemahiran fizikal dan kestabilan emosi.



-


Pelajar dapat membuat refleksi dan penilaian kendiri terhadap pencapaiannya sama ada beliau dapat mencapai objektif pembelajaran seperti yang diharapkan atau tidak.



-
 

2)                  Berikan contoh bagaimana teknik ini boleh diintegrasikan dalam kursus komputer. 

a)  Pengabungjalinan kemahiran daripada matapelajaran lain iaitu dengan mewujudkan penggabugjalinan antara satu kursus dengan kursus lain bagi meningkatkan kemahiran pelajar. Sebagai contoh, kemahiran kursus Pengaturcaraan Komputer digabungjalinkan dengan kemahiran kursus Kejurulatihan Komputer.
b)     Penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum iaitu dengan cara melibatkan kemahiran–kemahiran seperti kemahiran belajar untuk belajar kemahiran berfikir secara kreatif & kritis, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran pelbagai kecerdasan, dan kemahiran generik.

Aktiviti 1: Kursus Khas - Kemahiran Berfikir (KB)

1) Bincangkan kebaikan pengajaran kursus kemahiran berfikir secara kursus khas dan terasing.

a) Para pelajar dapat menganalisis dan menilai sumber maklumat berkaitan dengan kemahiran berfikir secara lebih jelas. 

b) Para pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran berfikir yang diperoleh dalam kursus lain juga. 

c) Dapat menghasilkan pelajar yang dinamik yang akan mempelopori perubahan sosial dengan memperoleh ilmu dan kebijaksanaan, serta mengamalkan kemahiran berfikir dengan persepsi dan komunikasi yang meyakinkan dan efektif.

d) Dapat mempertingkatkan keupayaan mental dan mengasuh mentaliti positif dalam menjana keputusan dan penyelesaian masalah.

e) Dapat menghasilkan pelajar yang berfikiran terbuka, positif, yang menjadi sebahagian daripada penyelesaian masalah.


2) Bincangkan kelemahan pengajaran pengajaran kursus kemahiran berfikir secara kursus khas dan terasing.

a) Mungkin mewujudkan suasana pembelajaran yang bosan dan motivasi pelajar akan menurun kerana kandungan kursus mungkin hanya menumpukan kepada kandungan kursus terutama berkaitan teori-teori dan tiada aktiviti yang sesuai dijalankan. 

b) Pelajar belajar teori dan aplikasi kemahiran berfikir hanya di dalam kelas tersebut tetapi tidak mengaplikasikannya dalam kehidupan dan tugas-tugas seharian mereka.