Friday, August 13, 2010

Aktiviti 7: Teori Minimalisme (John M. Carroll)

A) Dapatkan intisari teori pembelajaran minimalisme:

i. Teori ini menekankan framework untuk reka bentuk berarahan, khususnya untuk penyediaan bahan-bahan latihan kepada pengguna komputer yang akan mengikuti latihan tersebut.

ii. Antara kandungan utama teori minimalisme ialah:

a) Tugasan atau aktiviti pembelajaranperlu dalam bentuk aktiviti yang bermakna dan lengkap.

b) Para peserta kursus atau pelajar perlu diberi tugasan yang realistik dan boleh diaplikasikan.

c) Arahan yang yang diberikan seharusnya membolehkan para pelajar atau peserta mengikutnya dan dapat ditafsir mengikut kefahaman mereka sendiri.

d) Bahan-bahan latihan atau aktiviti yang diberi seharusnya baik, lengkap, tidak mempunyai sebarang ralat atau pemulihan.

e) Latihan yang diberikan perlu mempunyai kesinambungan atau sama seperti sistem sebenar.

B) Kaitkan dengan kreativiti:

Para pelajar perlu diberi kebebasan untuk menyiapkan apa-apa tugasan yang diberi. Jika perlukan bantuan, mungkin mereka hanya perlu merujuk kepada modul pembelajaran yang disediakan dan tidak bergantung kepada tenaga pengajar. Dengan demikian, para pelajar atau peserta dapat membina daya kreativiti mereka mengikut kefahaman mereka sendiri.

C) Beri contoh bagaimana perkaitan ini boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran komputer:

Dalam penyediaan modul latihan contohnya, para pengajar perlu mengurangkan kaedah atau teknik tradisi seperti syarahan tetapi perlu memperbanyakkan aktiviti atau hands-on agar para peserta tidak merasa bosan dan dapat mengikuti kursus / pembelajaran dengan baik. Para pelajar perlu digalakkan untuk membuat sendiri tugasan yang diberi berpandukan modul yang disediakan dan tidak terlalu bergantung kepada fasilitator atau tenaga pengajar. Dengan itu mereka dapat membina sendiri kefahaman mereka dengan bantuan modul yang disediakan.

No comments:

Post a Comment