Thursday, August 12, 2010

Aktiviti 4 : Teori Konstruktivisme Kognitif (Piaget)



A)        Dapatkan intisari teori pembelajaran Konstruktivisme Kognitif:


i.          Proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia.

ii.        Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada guru kepada pelajar dalam bentuk yang serba sempurna.

iii.      Pelajar bina sesuatu pengetahuan mengikut pengalaman masing-masing.

iv.      Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan ialah satu skema iaitu aktiviti mental yang digunakan oleh pelajar sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan.

v.        Rutherford & Ahlgren - pelajar mempunyai idea mereka sendiri hampir dalam semua perkara, di mana ada yang betul & ada yang salah. Jika kefahaman & salah konsep ini diabaikan atau tidak ditangani dengan baik, kefahaman @ kepercayaan asal mereka itu akan tetap kekal walaupun dalam peperiksaan mereka mungkin memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh guru.

vi.      John Dewey - pendidik yang cekap harus melaksanakan p&p sebagai proses menyusun @ membina pengalaman secara berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan pelajar di dalam setiap aktiviti p&p.

vii.    P&P yang menumpu kepada kejayaan pelajar membina skema pengkonsepan berdasarkan kepada pengalaman yang aktif.

viii.  Pelajar tidak lagi dianggap belajar daripada apa yang diberikan guru @ sistem pengajaran tetapi secara aktif membina realiti mereka sendiri & pada masa yang sama mengubah suai realiti tersebut.


B)        Kaitkan dengan kreativiti:
  
Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, guru-guru perlu mengaplikasikan                         model-model p&p yang sesuai digunakan seperti inkuiri-penemuan, pembelajaran  secara koperatif dan kolaboratif agar para pelajar dapat membina kefahaman mereka sendiri. Guru-guru mungkin boleh mengaitkan isi pengajaran sesuai dengan pengalaman dan kesediaan pelajar. Pengalaman dan kesediaan pelajar ini akan mempengaruhi proses pembentukan ilmu baru. Ini bermakna tahap isi pelajaran hendaklah sesuai dengan kebohean pelajar. Dengan itu, para pelajar dapat  mengembangkan kreativiti mereka bebas mengikut apa yang mereka fikirkan.


C)        Beri contoh bagaimana perkaitan ini boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran komputer:

i.        Guru-guru mengaplikasikan pendekatan konstruktivisme dalam pengajaran dan pembelajaran dan mengutamakan keberkesanan pembelajaran dengan cara menggalakkan penglibatan murid secara aktif dalam proses penyelesaian masalah.Cth: Setiap pelajar dikehendaki mencari maklumat berkaitan topik sebagai contoh perkakasan komputer. Selepas mendapat maklumat-maklumat tersebut, pelajar tersebut perlu mempersembahkan hasil yang diperoleh dihadapan kelas menggunakan slaid atau apa sahaja bahan mengikut kreativiti mereka sendiri bagaimana untuk menarik perhatian rakan-rakan sekelasnya agar semua orang mendapat input yang ingin disampaikan.






No comments:

Post a Comment