Thursday, August 12, 2010

Aktiviti 6 : Teori Konstruktionisme (Seymour Papert )


A) Dapatkan intisari teori pembelajaran Konstruktionisme:

i. Konstruktionisme: Merupakan suatu pendekatan pembelajaran yang
dikembangkan oleh Seymour Papert dan rakan kolejnya di MIT di Cambridge, Massachusetts.
ii. Papert pernah bekerjasama dengan Piaget institut tersebut di Geneva. Pendekatan merangkumi segala yang berhubungan dengan teori konstruktivisme Piaget, dan menyatakan bahawa pembelajaran konstruktivisme berlaku dengan baik khususnya apabila pelajar menghasilkan sesuatu produk, seperti mesin, program komputer, atau buku. Cth lain: penggunaan komputer dalam pendidikan bagi mengembangkan kemahiran dalam literasi multimedia.
iii. Guru dapat menggunakan strategi informal pelajar, dengan kata lain
strategi yang dibina sendiri oleh pelajar berdasarkan pemahamannya pada situasi
kehidupan sehari-hari, seperti memungut batu kecil dan mengira bilangannya, sebagai asas utama untuk mengajar matematik.
iv. Pelajar yang belajar dan berinteraksi dengan objek dan perkara-perkara dalam pembelajaran akan memahami apa yang dipelajari. Pelajar-pelajar akan membina sendiri konsep dan penyelesaian terhadap masalah yang diberi. Teori ini melihat pembelajaran sebagai pembinaan mental. Pelajar belajar mencantum maklumat baru dengan maklumat lepas yang diketahui. 

B) Kaitkan dengan kreativiti:
i. Pengalaman sedia ada amat penting dalam proses pembelajaran seseorang pelajar. Dalam hal ini, guru-guru perlu tahu bagaimana cara untuk mengaitkan pengalaman dan pengetahuan sedia ada pelajar dengan sesuatu pelajaran yang akan diajar. Dengan mengaitkan pengetahuan sedia ada pelajar dengan topik yang bakal diajar, proses pembelajaran akan lebih mudah dan para pelajar dapat membina idea mereka sendiri bagi memahami sesuatu perkara yang diajar. Secara tidak langsung, pelajar akan membina kreativiti mereka sendiri. 

C) Beri contoh bagaimana perkaitan ini boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran komputer:
i. Mengaitkan pelajaran yang bakal diajar dengan pengalaman dan pengetahuan sedia ada pelajar. Sebagai contoh dalam tajuk keselamatan komputer, guru-guru mungkin boleh membawa mangga, kunci atau gambar cctv contohnya, dan bertanya kepada pelajar apa tujuan utama atau kegunaan objek-objek tersebut. Kemudian guru-guru boleh mengaitkan dengan keselamatan komputer dan menerangkan bahawa komputer , data dan maklumat yang disimpan dalam komputer juga memerlukan langkah keselamatan. Selepas itu, guru-guru mungkin boleh bertanyakan soalan apakah langkah-langkah yang patut diambil untuk memastikan keselamatan komputer. Secara tidak langsung, para pelajar akan berfikir dan membina idea mereka sendiri berdasarkan pengalaman mereka.

No comments:

Post a Comment