A) Dapatkan intisari teori pembelajaran behaviorisme:
i. Teori Behavioris mengatakan bahawa pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku yang boleh diperhatikan, dikawal dan diramal. Teori ini mengkaji perhubungan antara rangsangan dan gerak balas apabila pelajar bertindak dalam persekitaran luaran. Selain daripada itu, teori ini juga melihat perhubungan antara tindakan pelajar dengan pengukuhan ransangan.
ii. Teori Behaviorisme ini dikenali sebagai teori tingkah laku amat mengutamakan pembelajaran kemahiran-kemahiran tertentu khususnya kemahiran fizikal. Mereka menganggap pembelajaran ialah perubahan yang berlaku pada tingkah laku manusia yang berasaskan situasi-situasi tertentu.
iii. Perubahan pembelajaran ini berlaku melalui 4 proses iaitu:
§ Perhubungan
§ Pelaziman Klasik
§ Pelaziman Operan
§ Pembelajaran melalui pemerhatian
B) Kaitkan dengan kreativiti:
i. Pendekatan pengajaran secara tradisional secara sogokan nota-nota seharusnya di kikis dari pemikiran guru tetapi diubah dengan membekalkan pengetahuan dan kemahiran ke arah mendapatkan maklumat.
ii. Guru-guru sendiri perlu kreatif dalam menyediakan aktiviti pembelajaran kepada pelajarnya & mempelbagaikan kaedah pengajaran mereka.
C) Beri contoh bagaimana perkaitan ini boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran komputer:
i. Menyediakan aktiviti-aktiviti tertentu yang melibatkan pelajar secara aktif.
a) Cth: Perbincangan dalam kumpulan, aktiviti amali dll.
ii. Bahan pelajaran disusun dalam urutan yang logik supaya pelajar dapat dengan mudah mempelajarinya & dapat memberikan respon tertentu.
a) Cth: Penggunaan kertas edaran / hand out disediakan terlebih dahulu & slaid Powerpoint.
iii. Tiap-tiap respon harus diberi maklum balas secara langsung agar pelajar dapat mengetahui apakah respon yang diberikannya adalah benar.
iv. Setiap kali pelajar memberikan respon yang benar, maka ia perlu diberi ganjaran dan motivasi.
a) Cth: jumlah markah yang tinggi, kata-kata pujian dll.
No comments:
Post a Comment