A) Dapatkan intisari teori pembelajaran Konstruktivisme Sosial:
i. Kanak-kanak terutamanya membina ilmu dan menguasai kemahiran melalui interaksi sosial dan aktiviti sosiobudaya.
ii. Zon perkembangan proksimal merupakan had tahap perkembangan kognitif kanak-kanak di mana ilmu dan kemahiran yang lebih tinggi dapat dibina dengan bimbingan guru atau rakan darjah yang lebih maju.
iii. Bahasa memainkan peranan utama dalam membentuk pemikiran untuk membina ilmu dan kemahiran.
iv. Pendidikan memainkan peranan utama dalam membantu murid belajar.
B) Kaitkan dengan kreativiti:
Aktiviti pembelajaran seharusnya bermula dari had bawah dalam zon perkembangan proksimal, yang mana murid atau pelajar hanya dapat memperoleh tahap ilmu dan kemahiran yang tinggi melalui kolaborasi yang erat dengan seorang guru atau melalui pembelajaran koperatif. Setiap apa yang dilakukan oleh pelajar adalah berdasarkan kepada pengalaman dan pengetahuan sedia ada mereka. Jadi, dengan mengaitkan pengalaman mereka yang sedia ada tersebut, para pelajar dapat berfikir mengikut kreativiti mereka sendiri terutama apabila diberi tugasan yang memerlukan mereka berfikir.
C) Beri contoh bagaimana perkaitan ini boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran komputer:
i. Guru-guru perlu menggalakkan pembelajaran koperatif untuk meningkatkan prestasi pembelajaran.
ii. Memandangkan murid pula boleh mendapat manfaat daripada sokongan dan bimbingan rakan sedarjah, maka guru harus menggalakkan murid yang lebih maju memberi bimbingan kepada rakan sedarjahnya yang kurang maju.Cth: Guru membahagikan para pelajar salam satu kelas kepada beberapa kumpulan, dan setiap kumpulan dikehendaki membuat persembahan slaid powerpoint. Jadi mana-mana pelajar yang biasa menggunakan komputer pasti tiada masalah untuk membuatnya. Bagi rakan-rakan mereka yang tiada biasa menggunakan komputer, tugas yang diberikan mungkin agak sukar bagi mereka. Jadi, di sini rakan sebaya memainkan peranan untuk membimbing rakan sekumpulan mereka.
iii. Dalam hal ini, guru-guru harus menilai markah pencapaian murid berdasarkan prestasi murid dalam Zon Perkembangan Proksimal (ZPD) kerana ZPD merupakan kriteria asas untuk menilai prestasi murid.
No comments:
Post a Comment