A) Dapatkan intisari teori kecerdasan Triarchic:
i. Ahli psikologi dari Universiti Yale, Robert Sternberg, menganggap kecerdasan adalah sesuatu yang bersangkut paut dengan pemprosesan maklumat. Dia mengkaji bagaimana maklumat mengalir ke dalam diri kita dan bagaimana maklumat ini berubah mengikut keperluan lingkungan kita. Analisis yang dilakukannya akhirnya muncul sebagai model kecerdasan bercabang tiga (triarchic).
ii. Cabang-cabang yang dinyatakannya adalah
a) kecerdasan analitik (componential intelligence),
i. Menurut Sternberg, aspek kemahiran memproses maklumat (componential) menyatakan bahawa proses kognitif bertanggungjawab terhadap tingkah laku kecerdasan.
ii. Kecerdasan analitik digunakan untuk mengenali dan memecahkan masalah, merumuskan strategi, menyusun dan menyampaikan maklumat.
iii. Kecerdasan analitik melibatkan tindakan menganalisis, membanding serta menilai. Sebagai contohnya, pelajar membuat latihan Matematik. Di dalam proses menyelesaikan masalah Matematik, pelajar akan menganalisis maklumat yang diberikan. Kemudian membuat gerak kerja penyelesaian mengikut formula tertentu.
b) kecerdasan pengalaman (experiential intelligence) dan
i. Kecerdasan ini bolehlah dijelaskan ertinya dengan kreativiti. Kecerdasan ini bolehnya dilihat sebagai kebolehan untuk mengatasi situasi baru lantas mempelajari dari situasi tersebut. Dalam erti kata yang lain, individu yang berpengalaman akan lebih cekap dalam memproses maklumat dalam situasi baru.
c) kecerdasan praktikal (contextual intelligence).
i. sesetengah orang boleh mengadaptasi diri mereka di dalam apa sahaja situasi yang dituntut dalam lingkungan mereka. Mereka yang mempunyai kecerdasan ini pandai membawa diri untuk berjaya di dalam hidup. Malahan mereka juga dapat bertahan dalam hidup kerana berjaya untuk mengatasi perubahan.
ii. Sternberg mengakui bahawa seseorang individu tidak semestinya mempunyai satu sahaja kecerdasan yang disebutkannya. Ada individu yang mempunyai integrasi ketiga-tiga cabang kecerdasan ini dengan menunjukkan tahap kecerdasan yang tinggi.
B) Kaitkan dengan kreativiti:
Dalam kecerdasan pengalaman contohnya, ia berlaku apabila kita mencipta, umpamanya menghasilkan puisi,mencipta permainan baru, menghasilkan lukisan dan sebagainya. Pengajaran dan penilaian kreatif harus membolehkan pelajar mendefinisikan masalah disamping memastikan pelajar dapat menyelesaikan masalah dengan baik dan boleh mengutarakan idea-idea mereka.
C) Beri contoh bagaimana perkaitan ini boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran komputer:
Dalam kecerdasan analitik contohnya, guru mungkin boleh memberikan tugasan berkaitan penyelesaian masalah algoritma kepada pelajar-pelajar. Kemudian setiap pelajar dikehendaki memahami soalan, menganalisis dan mencari penyelesaian kepada masalah tersebut. Pelajar kemudiannya akan memberikan pelbagai idea penyelesaian kepada masalah tersebut. Setiap pelajar menyumbangkan pelbagai idea berdasarkan apa yang mereka fikirkan. Pelajar- pelajar yang mempunyai ciri-ciri kecerdasan analitik pasti akan keluar dengan idea-idea yangbaik kerana mereka dapat memahami & menganalisis dengan tepat maklumat yang diberi. Daripada pelbagai penyelesaian yang diperoleh pula, mereka dapat memilih penyelesaian manakah yang terbaik untuk dilaksanakan.
This is great stuff! Very honest and practical. I really enjoyed this post.
ReplyDeletehttps://blog.mindvalley.com/triarchic-theory-of-intelligence/