Wednesday, May 5, 2010

Penginterasian Kemahiran Berfikir dalam P&P komputer/ICT


Terdapat 4  Cara pengajaran kemahiran berfikir: 

1) Diajar secara berasingan sebagai kursus khas kemahiran berfikir 
 -  Diajar secara gabungjalin/integrasi/penyebatian dalam kursus-kursus tertentu secara 
2) tersurat (eksplisit) 
3) tersirat (implisit) 
4) Gabungan tersurat dan tersirat

Kursus Khas - Kemahiran Berfikir 
  • Kursus-kursus  kemahiran berfikir
  • Menumpukan kepada teknik-teknik berfikir
  • Membuat simulasi teknik-teknik berkenaan
  • Setelah tamat  kursus, baru diaplikasi dalam kehidupan seharian atau kursus lain
  • Contoh:
    • Lateral thinking – Edward de Bono
    • Mind Mapping – Tony Buzan


KURSUS KHAS - KEMAHIRAN BERFIKIR

1) Kursus khas – kemahiran berfikir  

Aktiviti 1: 
  • Bincangkan kebaikan  pengajaran kursus  kemahiran berfikir secara kursus khas dan terasing
  • Bincangkan kelemahan pengajaran pengajaran kursus  kemahiran berfikir secara kursus khas dan terasing


2) Gabungjalin secara tersurat
  • Teknik-teknik kemahiran berfikir diajar secara tersurat dalam kursus-kursus.
  • Teknik-teknik diaplikasikan dalam kursus-kursus berkenaan dan disedari oleh pelajar.
 
Aktiviti 2:  
  • Bincangkan kebaikan dan kelemahan teknik ini
  • Berikan contoh bagaimana teknik ini boleh diintegrasikan dalam kursus komputer.
3) Gabungjalin secara tersirat
  • Teknik kemahiran berfikir digabungjalin secara tersirat dalam kursus-kursus
  • Pelajar tidak sedar mereka belajar kemahiran berfikir dalam kursus

Aktiviti 3:
 
  • Bincangkan kelemahan dan kekuatan kaedah ini
  • Berikan contoh bagaimana kaedah ini boleh diaplikasikan dalam kursus-kursus komputer
 4) Gabungjalin secara tersirat dan tersurat
  • Menggabungkan kelebihan kaedah secara tersirat dan tersurat  dalam kursus-kursus secara dilaksanakan secara pragmatik mengikut kesesuaian masa kursus, tempat dan kaedah kursus dijalankan.
 Aktiviti 4: 
  • Berikan contoh bagaimana kaedah ini boleh dilaksanakan dalam kursus komputer.  

No comments:

Post a Comment