Aktiviti 1: Teori Behaviorisme
- Dapatkan intisari teori pembelajaran behaviorisme
- Teori Behavioris mengatakan bahawa pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku yang boleh diperhatikan, dikawal dan diramal. Teori ini mengkaji perhubungan antara rangsangan dan gerak balas apabila pelajar bertindak dalam persekitaran luaran. Selain daripada itu, teori ini juga melihat perhubungan antara tindakan pelajar dengan pengukuhan ransangan.
- Teori Behaviorisme ini dikenali sebagai teori tingkah laku amat mengutamakan pembelajaran kemahiran-kemahiran tertentu khususnya kemahiran fizikal. Mereka menganggap pembelajaran ialah perubahan yang berlaku pada tingkah laku manusia yang berasaskan situasi-situasi tertentu.
- Perubahan pembelajaran ini berlaku melalui 4 proses iaitu:
- Perhubungan
- Pelaziman Klasik
- Pelaziman Operan
- Pembelajaran melalui pemerhatian
- Kaitkan dengan kreativiti
- Pendekatan pengajaran secara tradisional secara sogokan nota-nota seharusnya di kikis dari pemikiran guru tetapi diubah dengan membekalkan pengetahuan dan kemahiran ke arah mendapatkan maklumat.
- Guru-guru sendiri perlu kreatif dalam menyediakan aktiviti pembelajaran kepada pelajarnya & mempelbagaikan kaedah pengajaran mereka.
- Beri contoh bagaimana perkaitan ini boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran komputer
- Prinsip teori behaviorisme yang diterapkan dalam p&p komputer:
- Menyediakan aktiviti-aktiviti tertentu yang melibatkan pelajar secara aktif.
- Cth: Perbincangan dalam kumpulan, aktiviti amali dll.
- Bahan pelajaran disusun dalam urutan yang logik supaya pelajar dapat dengan mudah mempelajarinya & dapat memberikan respon tertentu.
- Cth: Penggunaan kertas edaran / hand out disediakan terlebih dahulu & slaid Powerpoint.
- Tiap-tiap respon harus diberi maklum balas secara langsung agar pelajar dapat mengetahui apakah respon yang diberikannya adalah benar.
- Setiap kali pelajar memberikan respon yang benar, maka ia perlu diberi ganjaran dan motivasi.
- Cth: jumlah markah yang tinggi, kata-kata pujian dll.
Aktiviti 2: Teori Pemprosesan Maklumat (Information processing) Kognitif
- Dapatkan intisari teori pembelajaran pemprosesan maklumat
- Menumpukan kepada bagaimana pelajar memproses maklumat.
- Maklumat yang baru disimpan dalam ingatan jangka pendek.
- Kemudian diproses sebelum disimpan ke ingatan jangka panjang.
- Kombinasi pengetahuan (maklumat yang diproses) & kemahiran di ingatan jangka panjang akan membina strategi-strategi kognitif @ kemahiran yang berkaitan dengan tugas-tugas yang kompleks.
- Kaitkan dengan kreativiti
- Guru-guru perlu memberi kebebasan kepada pelajar untuk mempersembahkan tugasan mereka. Ini kerana setiap pelajar mempunyai cara berfikir yang berbeza-beza.
- Pelajar perlu dibantu bagaimana untuk menyimpan maklumat yang diterima setiap kali menerima maklumat baru daripada guru dengan cara yang mudah untuk diingati & difahami.
- Cth: Buat peta minda.
- Peta Mind (Mind Mapping) adalah satu teknik yang digunakan untuk meningkatkan daya ingatan melalui penggunaan minda sebelah kanan atau subconscious mind (Tony Buzan).
- Setiap pelajar diberi kebebasan untuk membuat peta minda mereka sendiri berdasarkan kreativiti masing-masing.
- “Malangnya, sistem pendidikan yang diikuti oleh kebanyakan orang telah membentuk pemikiran manusia yang lebih linear dan bukannya kreatif ataupun inovatif. Pemikiran linear itu hanya membolehkan manusia berfikir tentang satu siri perkara tunggal dalam satu arah,” kata Tony Buzan sambil memberitahu satu-satunya jalan penyelesaian sekarang adalah beralih kepada pendekatan yang lebih efektif - cth: penggunaan peta minda (Berita Harian, 22 Mac 2010).
Contoh Peta Minda yang dipraktiskan oleh individu ilham Tony Buzan.
- Beri contoh bagaimana perkaitan ini boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran komputer
- Langkah pengajaran mengikut teori pemprosesan maklumat:
- Perhatian pelajar: Mulakan pengajaran dengan memberikan set induksi yang dapat menarik perhatian pelajar kepada guru & pengajaran.
- Cth: Dalam pengajaran tajuk perkakasan komputer guru boleh bersoaljawab dengan pelajar dan menunjukkan beberapa contoh perkakasan komputer ke dalam kelas.
- Merangsang ingatan pelajar kepada tajuk yang berkaitan. Perbincangan tajuk-tajuk lepas yang sudah dipelajari & dikaitkan dengan topik yang akan diajar.
- Penekanan kepada isi pengajaran yang penting. Penggunaan bahan bantu mengajar yang tepat dengan tajuk yang akan disampaikan.
- Cth: Edarkan hand out, penyediaan slaid Powerpoint.
- Persembahkan maklumat dengan teratur dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian.
- Cth: Perisian kursus yang berkaitan dengan tajuk perkakasan komputer.
- Tunjukkan pelajar bagaimana mengkategorikan maklumat yang diterima & memahaminya.
- Beri peluang kepada pelajar untuk mengembangkan maklumat yang baru diterima.
- Pengulangan.
- Cth: Meningatkan pelajar beberapa isi penting yang dipelajari (ingatan jangka pendek).
- Menyediakan beberapa aktiviti @ latihan yang berkaitan dengan pelajaran lepas (ingatan jangka panjang).
Aktiviti 3 : Teori kognitif Sosial (Albert Bandura)
- Dapatkan intisari teori pembelajaran kognitif sosial
- Kaitkan dengan kreativiti
- Beri contoh bagaimana perkaitan ini boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran komputer
Aktiviti 4 : Teori Konstruktivisme kognitif (Piaget)
- Dapatkan intisari teori pembelajaran Konstruktivisme kognitif
- Proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia.
- Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada guru kepada pelajar dalam bentuk yang serba sempurna.
- Pelajar bina sesuatu pengetahuan mengikut pengalaman masing-masing.
- Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan ialah satu skema iaitu aktiviti mental yang digunakan oleh pelajar sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan.
- Rutherford & Ahlgren - pelajar mempunyai idea mereka sendiri hampir dalam semua perkara, di mana ada yang betul & ada yang salah. Jika kefahaman & salah konsep ini diabaikan atau tidak ditangani dengan baik, kefahaman @ kepercayaan asal mereka itu akan tetap kekal walaupun dalam peperiksaan mereka mungkin memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh guru.
- John Dewey - pendidik yang cekap harus melaksanakan p&p sebagai proses menyusun @ membina pengalaman secara berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan pelajar di dalam setiap aktiviti p&p.
- P&P yang menumpu kepada kejayaan pelajar membina skema pengkonsepan berdasarkan kepada pengalaman yang aktif.
- Pelajar tidak lagi dianggap belajar daripada apa yang diberikan guru @ sistem pengajaran tetapi secara aktif membina realiti mereka sendiri & pada masa yang sama mengubah suai realiti tersebut.
- Kaitkan dengan kreativiti.
- Beri contoh bagaimana perkaitan ini boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran komputer
Aktiviti 5 : Teori Konstruktivisme Sosial (Vygotsky)
- Dapatkan intisari teori pembelajaran Konstruktivisme sosial
- Kaitkan dengan kreativiti
- Beri contoh bagaimana perkaitan ini boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran komputer
Aktiviti 6 : Teori Konstruktionisme (Seymour Papert )
- Dapatkan intisari teori pembelajaran Konstruktionisme
- Kaitkan dengan kreativiti
- Beri contoh bagaimana perkaitan ini boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran komputer
Aktiviti 7 : Minimalisme (John M. Carroll )
- Dapatkan intisari teori pembelajaran minimalisme
- Kaitkan dengan kreativiti
- Beri contoh bagaimana perkaitan ini boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran komputer
Aktiviti 8 : Teori kecerdasan pelbagai (Howard Gardner)
- Dapatkan intisari teori kecerdasan pelbagai (multiple intellegences)
- Kaitkan dengan kreativiti
- Beri contoh bagaimana perkaitan ini boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran komputer
Aktiviti 9 : Teori Kecerdasan Triarchic (Robert Sternberg )
- Dapatkan intisari teori kecerdasan Triarchic
- Kaitkan dengan kreativiti
- Beri contoh bagaimana perkaitan ini boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran komputer
No comments:
Post a Comment