Tajuk:
A COURSE DEDICATED TO DEVELOPING ALGORITHMIC PROBLEM SOLVING SKILLS - DESIGN AND EXPERIMENT
Penyelidik:
Orna Muller
Software Engineering Department
Ort Braude College of Engineering,
Karmiel, Israel
Bruria Haberman
Department of Computer Science
Holon Institute of Technology, Holon, Israel;
Davidson Institute of Science Education
Weizmann Institute of Science, Rehovot, Israel
Sumber:
PPIG, Limerick, IE 2009
Ulasan
Dalam kertas ini, penyelidik mengemukakan satu kursus yang direka khusus untuk membantu para pelajar membina kemahiran penyelesaian masalah algoritma dikenali sebagai Developing Algorithmic Problem Solving Skills (DAPSS). Kursus DAPSS adalah bertujuan untuk "mengembangkan kemahiran berfikir dan belajar" di kalangan mahasiswa baru. Kursus ini diajar selari dengan kursus Computer Science 1 (CS1) & menekankan aktiviti seperti penaakulan analogikal, masalah-masalah prototaip, perbandingan antara penyelesaian alternatif dan refleksi terhadap proses-proses penyelesaian masalah. Kursus ini ditawarkan bertujuan untuk memperkukuhkan kemahiran am pembelajaran & berfikir sebagai tambahan kepada kurikulum biasa. Maklum balas daripada para pelajar yang mengambil kursus yang dibangunkan menunjukkan kesedaran dan penghargaan terhadap idea-idea yang abstrak di sebalik pengetahuan pengaturcaraan. Para pelajar juga menyatakan bahawa mereka memperoleh kemahiran penyelesaian masalah, yang membolehkan mereka untuk menyelesaikan masalah-masalah yang pelbagai. Selain itu, para pelajar turut menyatakan bahawa mereka telah memperluaskan pelbagai koleksi idea algoritma menjadikan penyelesaian yang lebih efisien dan elegan. Berdasarkan maklum balas para pelajar tersebut, penyelidik percaya kursus yang dibangunkan dapat memberi kesan yang positif kepada para pelajar yang mengikutinya.
Berdasarkan kertas kajian yang dibincangkan, seharusnya dalam p&p pendidikan komputer, perlu juga diterapkan kemahiran-kemahiran dalam penyelesaian masalah terutama masalah berkaitan algoritma pengaturcaraan komputer. Sebelum membangunkan sesebuah atur cara komputer, seseorang pengaturcara perlu memahami terlebih dahulu masalah pengaturcaraan yang ingin diselesaikan, kemudian analisis masalah tersebut, kemudian baru membina algoritma penyelesaian yang sesuai. Jika seseorang tidak mempunyai kemahiran penyelesaian masalah, dia tidak akan dapat menyelesaikan masalah berkaitan pengaturcaraan tersebut. Justeru, penting bagi semua institusi pendidikan untuk menerapkan kemahiran berfikir dan kemahiran penyelesaian masalah terutama kepada mahasiswa baru, sebagai persediaan mereka untuk menghadapi pelbagai lagi masalah sepanjang pengajian mereka di kolej mahupun universiti.
No comments:
Post a Comment