Wednesday, April 28, 2010

Tugasan 1: Ulasan Jurnal 2

Tajuk:

A CONSTRUCTIVIST APPROACH TO TEACHING WEB DEVELOPMENT IN POST-SECONDARY VOCATIONAL SETTINGS

Pengkaji:

John M. Bunch
The SAJES Group, Inc., Tampa, Florida, USA

Sumber:

Journal of Information Technology Education Volume 8, 2009

Ulasan

Artikel ini mengemukakan satu kurikulum dan pendekatan penyampaian arahan berasaskan konstruktivis yang mana telah direka bagi memastikan hubungan yang kukuh antara sekolah dan kerja bagi pelajar-pelajar ijazah pertama di institusi latihan vokasional dalam bidang pembangunan web.

Pembangunan web turut menyerapkan pelbagai kemahiran seperti bisnes, sains komputer, dan seni berkaitan disiplin, mensistesis pangkalan pengetahuan, serta amalan piawaian yang telah ditetapkan.

Bahagian pertama artikel ini menyenaraikan proses mentakrifkan kurikulum semasa dalam konteks kurikulum yang sedia ada. Bahagian ini pula membincangkan pendekatan konstruktivis yang dibina untuk diaplikasikan dengan para pelajar.

Hasil kajiannya, penyelidik mendapati bahawa empat kandungan asas yang biasa terdapat dalam kurikulum ialah berkaitan aplikasi web seperti antara muka pengguna, logik bisnes, dan perkhidmatan data serta bidang-bidang am yang lain seperti pengurusan projek, memahami matlamat bisnes, rangkaian komputer, amalan dan etika profesional. Selain itu, ASP.NET menggunakan VB.NET telah dipilih sebagai logik bisnes dalam persekitaran pengaturcaraan.

Dalam laporan The Computing Curricula 2005: The Overview Report (ACM/IEEE, 2004), penyelidik ada menyatakan ACM/IEEE, 2004 menyenaraikan 9 panduan untuk mereka bentuk dan menyampaikan kurikulum yang berkaitan pengetahuan pendidikan kejuruteraan perisian (Software Engineering Education Knowledge (SEEK)) iaitu:

• Pereka dan pengajar perlu fokus kepada hasil atau objektif pembelajaran.
• Minda kejuruteraan perisian akan dibentuk melalui tajuk yang berulang-ulang (recurring themes) di dalam kurikulum.
• Para pelajar perlu disemai dengan kebolehan dan keinginan untuk belajar.
• Kejuruteraan perisian perlu diajar sebagai satu disiplin penyelesaian masalah.
• Prinsip-prinsip asas perlu diajar berbanding mengajar alatan-alatan spesifik, walaupun alatan yang sesuai & up-to-date perlu digunakan.
• Kurikulum perlu mempunyai asas yang penting dalam dunia nyata & perlu menggabungkan kelas-kelas berasaskan projek, latihan-latihan yang praktikal serta pengalaman kerja.
• Contoh-contoh yang kukuh dan meyakinkan perlu digunakan untuk memotivasikan pelajar-pelajar.
• Pelbagai kaedah pengajaran dan pendekatan pembelajaran perlu digunakan.
• Sinergi dan keberkesanan yang penting boleh dicapai dengan cara mereka bentuk kurikulum, justeru beberapa jenis pengetahuan dapat dipelajari pada masa yang sama.

Dalam konsep p&p pendidikan komputer, pera pengajar perlu menggunakan pendekatan yang sesuai bagi menarik minat dan memotivasikan pelajar belajar terutama dalam kursus pengaturcaraan komputer dan aspek-aspek kemahiran berfikir perlu diterapkan. Para pelajar perlu diberi pendedahan dan dibimbing bagaimana untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam pengaturcaraan. Mereka juga perlu dilatih bagaimana untuk mencari penyelesaian atau alternatif terbaik dalam menyelesaikan masalah pengaturcaraan tersebut.

No comments:

Post a Comment