Friday, January 22, 2010

Aktiviti 4: Laman Web Berfikir Secara Kritis & Kreatif


No
Laman Web
URL
Penilaian
1
Critical and Creative Thinking – Bloom’s Taxonomy
http://eduscapes.com/tap/topic69.htm

2
Creativity Tools, Creative Solutions & Creative Problem Solving Techniques – Mind Tools
http://www.mindtools.com/pages/main/newMN_CT.htm

3
Persepektif Bestari: Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif http://www.myqalam.net/didik/news.php?item.24

4
CriticalThinking.NET www.criticalthinking.net/

5
Foundation for Critical Thinking: Books, Conferences And Academic Resources for Educators and Students http://www.criticalthinking.org/


6
An Introduction to Critical Thinking www.freeinquiry.com/critical-thinking.html

7
Critical Thinking CfBT Malaysia
http://www.cfbt.com.my/ct/default.htm

8
CriticalThinking.org – Defining Critical Thinking
https://www.criticalthinking.org/aboutCT/define_critical_thinking.cfm

9
Critical Thinking Skills in Education & Life
http://www.asa3.org/ASA/education/think/critical.htm

10
Educational Psychology Interactive: Critical Thinking
http://www.edpsycinteractive.org/topics/cogsys/critthnk.html

11
Critical Thinking Education Group
http://www.criticalteaching.org/

12
Logic Critical Thinking Creative Thinking Learning Materials for Independent Learners
http://www.teacherneedhelp.com/students/logic.htm

13
Introduction to Creative Thinking
http://www.virtualsalt.com/crebook1.htm

14
Definition of creative thinking, lateral, brainstorming and probortunity
http://www.brainstorming.co.uk/tutorials/definitions.html

15
How to think straight: An introduction to critical reasoning
http://www.librarything.com/work/390277

Monday, January 18, 2010

Tugasan 1: Ulasan Jurnal 1

1) Dapatkan jurnal yang berkaitan kemahiran berfikir kreatif & teknologi.

Tajuk: MIND AND MACHINE: ETHICAL AND EPISTEMOLOGICAL IMPLICATIONS FOR RESEARCH

Pengkaji: Norm Friesen

Thompson Rivers University, 2009

Ulasan

Teknologi adalah signifikan dalam kajian tidak hanya sebagai alat untuk mendapatkan data dan menganalisis maklumat, ia juga menyediakan sumber yang bernilai untuk menghasilkan sesebuah teori - yang disebut sebagai "Alatan kepada heuristik teori". Dengan cara memfokuskan kepada contoh yang spesifik dalam bidang psikologi pendidikan dan teknologi arahan berarah (instructional technology) serta rekabentuk. Kertas kajian ini dimulakan dengan menerangkan bagaimana cara kerja "alatan kepada heuristik teori" dibuktikan dalam bentuk kiasan dan penerangan teori behaviorisme, kognitivisme dan konstruktivisme. Di dalam setiap paradigma psikologi ini, pemikiran difahamkan sebagai sesuatu yang inovasi teknologi serentak iaitu sebagai:
  • asas peredaran (rudimentary circuitry)
  • pemprosesan data berkomputer
  • visualisasi dan perwakilan maklumat
Dalam kertas kajian ini juga pengkaji mempertikaikan peranan teknologi dalam aplikasi bidang lain seperti teknologi pendidikan dan interaksi manusia-mesin di mana teknologi memainkan dua peranan yang penting tetapi terdapat percanggahan di dalamnya. Pada mulanya ia beroperasi secara heuristik untuk menerangkan fenomena mental yang kompleks, ia kemudianya direkabentuk dan dibangunkan sebagai satu alat untuk memudahkan dan membina proses mental yang kompleks. Kertas kajian ini membuat kesimpulan dengan cara mempertikaikan dua peranan tersebut sebagai dilema etika iaitu sejenis epistemologi dan praktikal "konflik dalam kepentingan" di dalam teknologi pengajaran dan bidang berkaitan sistem serta rekabentuk antaramuka.

2) Sila baca & buat ulasan dengan memberi implikasi kepada pendidikan komputer


ULASAN:

Aktiviti 3: Proses Berfikir Kreatif

UNIT 3 - KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS
a)        Sila teliti buku Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran  - Unit 3
b)     Dengan meneliti langkah-langkah (proses kemahiran berfikir kreatif), berikan contoh-contoh dalam pengajaran dan pembelajaran komputer. (di masa akan datang – anda perlu kemukakan dalam projek kajian tindakan pengintegrasian kemahiran berfikir dalam kursus komputer)

Tajuk Buku: Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Tahun: April 2002
Muka surat:109 halaman
Terbitan: Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia

Kemahiran Berfikir Edward de Bono dalam buku beliau yang berjudul ‘I am Right You Wrong’ (1990) mendefinisikan Berfikir sebagai satu proses yang kompleks yang berlaku dalam minda seseorang apabila orang itu menerokai pengalamannya secara terperinci untuk mencapai sesuatu tujuan. Tujuan yang dimaksudkan itu mungkin untuk pemahaman, memberi makna sesuatu, menilai sesuatu, membuat keputusan atau menyelesaikan masalah. Kemahiran berfikir dalam konteks kajian ini ialah usaha guru dalam mewujudkan kemahiran meningkatkan operasi minda pelajar-pelajar untuk mencapai hasil yang maksimum daripada pemikiran itu. Berdasarkan model yang dikemukakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) dan Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kemahiran Berfikir mengandungi komponen-komponen berikut:
(a) Pemikiran kritis
(b) Pemikiran kreatif
(c) Menyelesaikan masalah
(d) Membuat keputusan
(e) Kemahiran belajar 
Kemahiran Berfikir Kritis yang dikenal pasti untuk diberi penekanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, menurut Kementerian Pendidikan Malaysia adalah seperti berikut:
1)        Mencirikan
2)        Membandingkan dan membezakan
3)        Mengumpulkan dan mengelaskan
4)        Membuat urutan
5)        Menyusun mengikut keutamaan
6)        Menganalisis
7)        Mengesan kecondongan
8)        Menilai
9)        Membuat kesimpulan

Berikut ialah penjelasan setiap kemahiran berfikir secara kritis dalam konteks pengajaran & pembelajaran komputer beserta contohnya:

(1)        Mencirikan
Mengenal pasti kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu konsep atau objek. Kemahiran ini akan digunakan untuk:
i.          mendefinisikan konsep atau item, dan
ii.        mengenali antara konsep atau item yang hampir serupa.

Langkah-langkah untuk mencirikan:
a) Tumpukan perhatian kepada item atau konsep secara menyeluruh.
b) Kenal pasti ciri.

Contoh:
Pelajar ditugaskan untuk menyenaraikan ciri-ciri fizikal yang terdapat pada sesebuah komputer di dalam makmal komputer. Pelajar diminta untuk menyenaraikan ciri-ciri tersebut dalam bentuk peta minda.


Rajah 1: Rajah pancaran ciri komputer


(2)        Membandingkan dan membezakan
Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa. Kemahiran ini digunakan apabila terdapatnya dua atau lebih ciri atau kemungkinan dan semasa membuat pilihan atau keputusan.

Langkah-langkah untuk membanding beza:
a) Perhatikan dan berikan tumpuan kepada satu atau beberapa objek.
b) Kenal pasti satu daripada ciri objek itu.
c) Tentukan sama ada objek yang lain mempunyai ciri yang sama.
d) Nyatakan ciri itu sama atau berbeza.

Contoh:
Cari persamaan dan perbezaan antara dua model notebook Compaq Presario CQ42: 



Membandingkan dan membezakan 2 jenis notebook model Compaq Presario CQ42:                                                                          
Compaq Presario CQ42-269TX
Persamaan
Compaq Presario CQ42-258TU
Genuine Microsoft Windows 7 Home Premium
Pemproses Intel Core i3-350M
Tiada Genuine Microsoft Windows 7 Home Premium
500GB 7200rpm HDD
2GB 1066MHz DDR3 RAM
320GB 7200rpm HDD
ATI Mobility Radeon HD 4550 Graphics
14.1" HD with BrightView Display
Integrated Graphic Card

Rajah 3: Jadual perbandingan dan perbezaan notebook model Compaq Presario CQ42

(3)        Mengumpulkan dan Mengelaskan
Mengasingkan dan mengumpulkan objek atau fenomena kepada kumpulan masing-masing berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri atau sifat. Pengumpulan ini adalah berdasarkan ciri atau sifat sepunya. Kemahiran ini digunakan apabila terdapat banyak item atau maklumat yang tidak tersusun.

Langkah-langkah untuk mengumpul dan mengelaskan:
a) Kenal pasti ciri umum sekumpulan item.
b) Beri nama kepada kumpulan item itu.
c) Kenal pasti ciri lain.
d) Masukkan item berciri sama ke dalam kumpulan yang lebih kecil.
e) Ulangi langkah di atas sehingga semua item dapat dikumpulkan dalam suatu kumpulan.

Contoh:
Mengumpul dan mengelaskan jenis notebook.

(4)        Membuat Urutan
Menyusun objek atau maklumat mengikut tertib berdasarkan kualiti atau kuantiti ciri atau sifatnya seperti saiz, masa, bentuk atau bilangan supaya mudah difahami.

Langkah-langkah untuk membuat urutan:
a)Tentukan jenis susunan untuk digunakan sama ada mengikut saiz, nilai, abjad, kronologi, corak atau masa.
b) Ambil satu item sebagai asas.
c) Ambil item yang lain dan susunkan secara menaik atau menurun berdasarkan jenis susunan yang ditentukan.
d) Semak semula susunan.

Contoh:
Pelajar diminta membuat rantai urutan langkah-langkah untuk memasang suatu perisian yang baru.

(5)        Menyusun Mengikut Keutamaan
Menyusun objek atau maklumat mengikut tertib berdasarkan kepentingan atau kesegeraan.

Langkah-langkah menyusun mengikut keutamaan:
a) Tentukan matlamat anda.
b) Ambil satu item sebagai asas.
c) Ambil item yang lain dan bandingkan dengan item asas sama ada lebih dekat atau lebih jauh kepada matlamat.
d) Jika lebih dekat kepada matlamat letakkan di atas item asas, jika tidak letakkan di bawah.
e) Ulangi langkah di atas bagi item yang lain, satu demi satu.

Contoh:
Pelajar diberi senarai beberapa item: monitor, CPU, mouse, speaker, keyboard, external hard disk.

(6)        Menganalisis
Mengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat. Kemahiran ini digunakan untuk mengenali bahagian-bahagian, memahami hubung kait antara bahagian dan mengenali prinsip yang terlibat. Menganalisis ialah suatu kemahiran yang kompleks menggunakan beberapa ciri kemahiran berfikir.

Langkah-langkah untuk menganalisis:
a) Tentukan pendapat atau kenyataan.
b) Cari andaian yang tersirat, huraikannya kepada ciri yang lebih terperinci.
c) Renung semula pendapat atau andaian.
d) Buat pernyataan yang telah diperbaiki dengan sokongan fakta.

Contoh:
Buat analisis bagi kenyataan berikut:
"Teknologi maklumat dan komunikasi adalah penting dalam kehidupan".
Untuk menganalisis kita perlu:
a) Menentukan pendapat atau kenyataan: Teknologi maklumat dan komunikasi adalah penting dalam kehidupan.
b) Huraikan andaian yang tersirat "penting dalam kehidupan" dari segi komputer:
i.  Menyampaikan maklumat.
ii. Alat komunikasi.
iii.Memberi hiburan.
c) Membuat kenyataan yang telah diperbaiki : Teknologi maklumat dan komunikasi adalah penting dalam kehidupan kerana teknologi ini dapat menyampaikan maklumat, sebagai alat komunikasi dan memberi hiburan.

(7)        Mengesan Kecondongan
Mengesan pandangan atau pendapat yang berpihak kepada sesuatu atau menentang sesuatu .

Kemahiran ini digunakan apabila :
a. terdapat sesuatu pernyataan yang cuba mempengaruhi keputusan atau pendapat
seseorang,
b. menimbangkan ketepatan sesuatu sumber maklumat atau pernyataan, atau
c. mengenal pasti kecondongan pandangan seseorang.

Langkah-langkah untuk mengesan kecondongan:
a) Nyatakan matlamat.
b) Kenal pasti jenis petunjuk kecondongan.
i. Kenyataan yang berbentuk emosi atau bermuslihat.
ii. Pengitlakan yang keterlaluan.
iii. Soalan retorik (soalan yang bersifat mempengaruhi atau memukau dan bermuslihat).
iv. Persembahan atau penyampaian yang berat sebelah.
v. Menyatakan pendapat sebagai fakta.
c) Analisis maklumat secara terperinci untuk mendapatkan petunjuk.
d) Padankan pernyataan yang berunsur kecondongan dalam petikan dengan jenis petunjuk.
e) Buat penilaian sejauh manakah kecondongan berlaku.
Prasyarat: Pengetahuan tentang:
a) Petunjuk atau kriteria kepada kecondongan.
b) Isi kandungan pernyataan yang dianalisis.

Contoh:
Para pelajar diminta mengesan pernyataan yang berunsur kecondongan dalam brochure yang diperoleh semasa membuat lawatan ke pesta ICT berhampiran sekolah mereka.

(8)        Menilai
Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara daripada segi kebaikan dan
keburukan berdasarkan bukti atau dalil yang sah.
Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan bagi:
a) Memilih sesuatu.
b) Menerima atau menolak sesuatu idea.

Langkah-langkah untuk menilai:
a) Perhatikan idea atau pilihan.
b) Senaraikan ciri positif (kebaikan).
c) Senaraikan ciri negatif (kelemahan).
d) Beri wajaran kepada setiap ciri.
e) Bandingkan wajaran secara keseluruhan.

Contoh:
Pelajar perlu membuat pertimbangan jika ingin membeli sesebuah komputer. Justeru, mereka perlu membandingkan ciri-ciri positif dan negatif yang terdapat pada setiap model komputer.

(9)        Membuat Kesimpulan
Membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan kepada sesuatu
hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan.
Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan, menerangkan sesuatu, meramal
dan menyokong pernyataan.

Langkah-langkah untuk membuat kesimpulan:
a) Kumpulkan maklumat (misalnya daripada eksperimen atau kajian).
b) Susun semula maklumat dalam urutan yang logik.
c) Analisis maklumat dan buat gambaran mental untuk mendapatkan sesuatu corak
perhubungan.
d) Buat pernyataan kesimpulan dengan sokongan bukti yang ada.

Contoh:
Salina ingin membeli laptop dan beliau perlu membuat keputusan sama ada ingin membeli laptop jenama HP atau ACER. Memandangkan ramai rakan-rakannya menasihatinya membeli HP dan berdasarkan pengalamnnya sendiri menggunakan laptop rakan-rakannya, Salina memilih untuk membeli laptop HP.

UNIT 4 - KEMAHIRAN BERFIKIR KREATIF
Kemahiran Berfikir Kreatif yang dikenal pasti untuk diberi penekanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, menurut Kementerian Pendidikan Malaysia adalah seperti berikut:
1)        Menjanakan idea
2)        Membuat inferens
3)        Menghubung kaitkan
4)        Meramal
5)        Membuat Hipotesis
6)        Mensintesis
7)        Mengitlak
8)        Menganalogi
9)        Membuat gambaran mental
10)    Mereka cipta

Berikut ialah penjelasan setiap kemahiran berfikir secara kreatif dalam konteks pengajaran & pembelajaran komputer beserta contohnya:

1)         Menjanakan Idea
Menjanakan idea yang banyak secara spontan berkaitan dengan sesuatu perkara. Kemahiran ini digunakan apabila:
a) Mencari idea baru.
b) Mencari alternatif.

Langkah-langkah untuk menjana idea:
a) Tetapkan tajuk perbincangan.
b) Senaraikan semua idea yang dikemukakan.
c) Renung kembali idea yang dikemukakan.
d) Tambah lagi idea yang boleh difikirkan.
e) Hubung kaitkan idea-idea yang telah disumbangkan.

Contoh:
Di makmal komputer sekolah terdapat banyak komputer lama yang tidak digunakan. Anda dikehendaki menguruskan bahan buangan ini secara sistematik dan berfaedah.
a) Tetapkan tajuk perbincangan :
    Cara menguruskan komputer lama di sekolah secara sistematik dan berfaedah.
b) Senarakan semua idea yang dikemukakan tanpa menilai atau menolak :
i.          Menjual ke kedai menjual komputer terpakai
ii.        Dermakan kepada persatuan sekolah yang memerlukan.
iii.      Kitar semula
iv.       Dermakan kepada pelajar yang tiada komputer di rumah
v.        Dilupuskan
c) Imbas kembali idea yang telah dikemukakan. Setelah semua idea dicatatkan, idea-idea itu  bolehlah dinilai, disaring, diubahsuai atau digugurkan mengikut keperluan.
d) Tambah idea lain dan hubung kaitkan idea-idea yang disumbangkan.

2)         Membuat Inferens
Membuat kesimpulan awal yang mungkin benar atau pun tidak berdasarkan maklumat
daripada pemerhatian.
Kemahiran ini digunakan apabila :
a) Hendak merancang langkah-langkah tindakan atau membuat pilihan.
b) Menganalisis sebab dan akibat keputusan atau kesan.
Langkah-langkah membuat inferens:
a) Perhatikan suatu situasi atau keadaan.
b) Nyatakan mengapa situasi atau keadaan sedemikian terjadi.
c) Beri alasan mengapa anda menyatakan demikian.
d) Semak alasan samada alasan itu berasaskan pendapat atau pemerhatian daripada
    situasi. Jika alasan itu berasaskan pendapat atau pandangan, berikan alasan.

Contoh :
10 orang pelajar diberi tugasan untuk menyiapkan slaid powerpoint. Dalam tempoh 30 minit, 5 orang pelajar berjaya menyiapkan tugasan tersebut manakala 5 orang lagi pelajar tidak sempat menyiapkannya. Apakah inferens boleh dibuat mengenai situasi tersebut?
Untuk membuat inferens kita perlu :
a) Buat pemerhatian : 10 orang pelajar diberi tugasan membuat salid powerpoint, dalam masa 30 minit, 5 orang pelajar berjaya menyiapkannya manakala 5 orang lagi pelajar tidak sempat menyiapkannya.
b) Beri alasan : Tidak sempat menyiapkan tugasan.
c) Inferens : 5 orang pelajar yang berjaya menyiapkan tugasan mempunyai komputer di rumah dan biasa menggunakan komputer manakala 5 orang lagi pelajar mungkin tiada komputer di rumah dan tidak mahir menggunakan komputer.

3)         Menghubung kaitkan
Membuat perkaitan untuk mencari sesuatu struktur atau corak perhubungan.Kemahiran ini digunakan untuk membuat inferens, meramal, membuat hipotesis, membuat kesimpulan dan mengitlak.

Langkah-langkah menghubung kaitkan:
a) Kenal pasti masalah.
b) Buat analisis tentang keadaan.
c) Kenal pasti aspek yang boleh dihubung kaitkan
d) Buat pernyataan tentang perkaitan.


  Rajah 1: Pohon fikiran

4)         Meramal
Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai. Kemahiran ini digunakan untuk menjuruskan, merancang dan mempertimbangkan pilihan.

Langkah-langkah untuk meramal :
a) Perhati atau kumpul maklumat.
b) Tentukan pola yang terdapat pada kumpulan maklumat.
c) Buat jangkaan yang paling sesuai.

Contoh:
Ramalkan apakah yang akan berlaku kepada kafe siber sekiranya semua orang memiliki komputer sendiri.
a)                  Kumpulkan maklumat
i.          Pengguna semakin kurang ke kafe siber
ii.        Pengusaha hilang mata pencarian
iii.      Ramai pengusaha yang akan menutup perniagaan kafe siber mereka
b)         Tentukan pola yang terdapat pada kumpulan maklumat :
Pengguna tidak lagi mengunjungi kafe siber untuk menggunakan komputer.
c)         Buat jangkaan yang paling sesuai
Semakin banyak kafe siber akan ditutup.

5)         Membuat Hipotesis
Membuat pernyataan umum yang menghubungkaitkan pembolehubah-pembolehubah bagi menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa. Kenyataan ini boleh diuji untuk membuktikan kesahihannya. Kemahiran ini digunakan pada peringkat awal apabila hendak menjalankan sesuatu eksperimen, kajian atau penyelidikan.

Langkah-langkah untuk membuat hipotesis :
a) Perhatikan suatu situasi atau keadaan.
b) Nyatakan mengapa situasi atau keadaan sedemikian terjadi.
c) Berikan satu jawapan yang rasional sebagai hipotesis.
d) Semak semula sama ada hipotesis tersebut boleh diuji.
Contoh:
Para pelajar selalunya menunggu minggu PC Fair jika ingin membeli komputer, laptop atau perkakasan komputer yang lain. Didapati lebih ramai pelajar membeli laptop ketika PC Fair berbanding hari biasa. Bina hipotesis berdasarkan fakta ini.
Untuk membuat hipotesis kita perlu :
a) Situasi : Pelajar membeli laptop lebih banyak ketika PC Fair berbanding hari biasa.
b) Beri hipotesis yang mungkin (kenyataan awal):
i.          Ketika minggu PC Fair, para pelajar ditawarkan dengan harga promosi.
ii.         Komputer dengan harga promosi lebih murah berbanding hari-hari biasa.
iii.        Lebih ramai pelajar membeli laptop ketika PC Fair.
c) Semak sama ada hipotesis tersebut boleh diuji atau tidak, jika tidak boleh diuji ia tidak boleh  dijadikan hipotesis.

6)         Mensintesis
Menggabungkan idea, unsur, item dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk pernyataan , esei, lukisan dan artifak. Kemahiran ini digunakan untuk:
a) Membuat kesimpulan, mengitlak atau menyediakan tajuk.
b) Menghasilkan bentuk komunikasi seperti lukisan, peta, rajah, puisi dan laporan.

Langkah-langkah untuk mensintesis:
a) Kenal pasti dan definisikan tajuk, perkara atau subjek.
b) Kumpulkan data atau maklumat yang berkaitan.
c) Kelaskan idea, data atau maklumat dalam kategori yang berkaitan dengan tajuk,
perkara atau subjek.
d) Kenal pasti hubung kait antara kategori dengan kategori, kategori dengan tajuk.

Contoh:
Sebelum kemunculan Personal Computer (PC) seperti sekarang, komputer telah melalui pelbagai perubahan dari segi saiz, bentuk dan fungsinya.
a) Minta murid senaraikan beberapa jenis komputer bermula komputer yang paling awal.
b) Susun atur setiap perubahan komputer dan tahun dikeluarkan.
d) Gabungkan pelbagai jenis komputer mengikut rentetan masa dalam bentuk esei yang membawa kepada kemunculan PC dan laptop seperti yang ada sekarang.

7)         Mengitlak
Membuat pernyataan umum terhadap keseluruhan kumpulan maklumat berdasarkan pemerhatian ke atas sampel kumpulan itu. Kemahiran ini digunakan untuk:
a) Mencari pola
b) Menyusun maklumat
c) Meramal

Langkah-langkah untuk membuat pengitlakan:
a) Kumpulkan data.
b) Cari pola yang sepunya dan buatkan pengitlakan.
c) Imbas semula kesahihan pengitlakan yang dibuat.
d) Buat kenyataan.

Contoh:
Membuat pengitlakan fungsi bagi handset & Personal Digital Assistant (PDA).
Jadual 2: Fungsi Hanset dan PDA
 
Untuk mengitlak kita perlu :
a) Mengumpul data:
   Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2
b) Mencari pola yang sama:
    Fungsi handset dan PDA.
d) Buat pengitlakan:
    Kedua-dua alat ini boleh digunakan untuk membuat panggilan dan menghantar SMS.
8)         Menganalogi
Membentuk kefahaman tentang sesuatu konsep secara mengaitkan konsep itu dengan perkara yang mudah, maujud dan mempunyai ciri yang serupa. Kemahiran ini digunakan untuk memahami konsep atau perkara yang mujarat dengan cara mengaitkannya dengan sesuatu yang maujud yang telah diketahui.
Langkah-langkah membuat analogi:
a) Bandingkan dua perkara yang tidak sama.
b) Cari sifat yang serupa yang boleh dihubung kaitkan.
c) Nyatakan hubung kait sebagai metafora.
Contoh:
Membuat analogi mengenai fungsi komputer dalam memproses maklumat. Untuk menganalogi kita perlu :
a) Buat perbandingan :Komputer dengan otak.
b) Cari sifat yang serupa : Kedua-dua memproses maklumat.
c) Nyatakan hubung kait : Komputer adalah seperti otak.
9)         Membuat Gambaran Mental
Membuat tanggapan atau membayangkan sesuatu idea, konsep, keadaan atau gagasan dalam minda atau fikiran. Kemahiran ini digunakan untuk:
c) Memahami konsep yang mujarad
d) Mengingat konsep yang kompleks.
Langkah-langkah membuat gambaran mental:
a) Bayangkan matlamat tertentu.
b) Pilih atau tetapkan titik permulaan secara mental.
c) Bayangkan langkah demi langkah yang berlaku ke arah matlamat.
d) Lihat keseluruhan gambaran.
Contoh:
Bayangkan apa yang terjadi jika talian telefon diputuskan.
Untuk membuat gambaran mental kita perlu :
a) Bayangkan matlamat:
Keadaan apab ila talian telefon diputuskan.
b) Menetapkan titik permulaan:
Keadaan sebelum talian telefon diputuskan.
c) Bayangkan langkah demi langkah ke arah matlamat:
Apakah yang terjadi kepada pengguna jika talian telefon diputuskan?
Bagaimanakah keadaan pengguna dan seterusnya?
d) Bina satu senario keseluruhan .
10)       Mereka Cipta
Menghasilkan sesuatu yang baru atau melakukan pengubahsuaian kepada sesuatu yang sedia ada dalam bentuk maujud atau mujarad.
Langkah-langkah untuk mereka cipta:
a) Kenal pasti keperluan, cabaran atau persoalan.
b) Janakan idea.
c) Pilih idea yang paling sesuai untuk memenuhi keperluan.
d) Mencuba dan menguji idea.
e) Jika tidak memenuhi keperluan, ubah suai atau pilih idea yang lain.
Contoh 1 : (maujud)
Cadangkan pelbagai reka bentuk cover laptop yang boleh dipasarkan.
Contoh 2 : (mujarad)
Hasilkan sebuah reka bentuk cover laptop yang bertemakan alam semula jadi..
Contoh 3 : (mujarad)
Cadangkan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk pengajaran
pendidikan komputer.
Untuk mereka cipta kita perlu :
a) Kenal pasti cabaran.
Menghasilkan pelbagai reka bentuk cover laptop
b) Menjanakan idea
Membuat reka bentuk bertemakan alam semulajadi
Membuat reka bentuk bercorak kartun
Membuat reka bentuk bertemakan bunga-bunga
Membuat reka bentuk bercorak abstrak
c) Menjanakan idea khusus
Membuat reka bentuk dalam pelbagai tema dan warna
d) Pilih satu reka bentuk
e) Membina, mencuba dan menguji.
f) Ulangi langkah-langkah.